Topik diikuti
Pergi ke BHkuBola sepak wanita: Sweden tundukkan Amerika 3-0
Bola sepak wanita: Sweden tundukkan Amerika 3-0
Bola sepak wanita: Sweden tundukkan Amerika 3-0
TOKYO: Penyerang pasukan bola sepak wanita Amerika Syarikat, Megan Rapinoe, berkata mereka melakukan "perkara bodoh" ketika tewas di tangan Sweden dalam perlawanan pembukaan Sukan Olimpik mereka.
Juara dunia itu dikejutkan dengan kekalahan 3-0 dengan penyerang Stina Blackstenius menjaringkan dua gol, sebelum pemain gantian Lina Hurtig menambah gol ketiga buat Sweden.
Keputusan itu menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah pasukan Amerika sebelum mereka memulakan saingan di Olimpik.
"Saya rasa kami bermain dengan perasaan gerun, melakukan perkara bodoh," kata Rapinoe.
Sweden beraksi tanpa pemain dan kapten Chelsea, Magdalena Eriksson, sementara Amerika menampilkan pemain seperti Rose Lavelle, Sam Mewis, Alex Morgan, Tobin Heath dan Lindsey Horan dalam kesebelasan utama mereka.
Pasukan Amerika disingkir oleh Sweden dalam perlawanan suku akhir sukan Olimpik lima tahun lalu. Sweden kemudian muncul memenangi pingat perak.
Jurulatih Amerika Vlatko Andonovski berkata: "Jelas kami meletakdiri kami dalam situasi sukar, dan hanya kami yang mampu mengatasi cabaran ini.
"Ia bukan sesuatu yang mudah. Kami perlu mendapatkan keputusan positif dalam dua perlawanan seterusnya, namun hakikatnya kami masih mempunyai peluang, bermakna pasukan ini tidak akan berputus asa." - Agensi berita.
