Kejohanan ICC bak semberani tarik sambutan hangat penyokong luar negara
Premium
Kejohanan ICC bak semberani tarik sambutan hangat penyokong luar negara
Sejumlah 103,340 peminat, kebanyakannya dari luar negara membanjiri Sukan Hab Singapura, rekod terbaik sejak 2014
Aug 6, 2019 | 5:30 AM
SEMARAK SOKONGAN: Penyerang handalan Portugal, Cristiano Ronaldo, melonjak kegembiraan yang disambut dengan 'Sorakan Kallang' selepas menjaringkan gol bagi pasukannya, Juventus, yang bersaing di Liga 'Serie A' Itali, semasa pertembungan dengan pasukan dari Liga Perdana England, Tottenham Hotspur, dalam kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Stadium Nasional pada 21 Julai lalu. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
PIALA Juara-Juara Antarabangsa (ICC) berjaya menambat hati para peminat bola sepak kerana membawa empat pasukan bertaraf antarabangsa ke Singapura.
Selama dua malam berturut-turut, para peminat bola sepak membanjiri Stadium Tertutup dengan kehadiran pasukan-pasukan Manchester United, Juventus, Inter Milan dan Tottenham Hotspurs.

