Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Bolehkah Tg Pagar halang Albirex kekalkan rekod menang?

spl
Aug 04, 2021 | 05:30 AM



JUARA bertahan Albirex Niigata ingin meneruskan prestasi cemerlang mereka di puncak Liga Perdana Singapura (SPL). Apatah lagi, kelab yang digelar White Swans itu ingin mengekalkan rekod belum kalah selepas 13 perlawanan musim ini.



Albirex berdepan Tanjong Pagar United di Stadium Jurong East Jumaat ini.



Bagi anak buah Keiji Shigetomi, ini peluang baik untuk mereka memburu tiga mata selepas dua perlawanan gementar bersama pesaing di atas liga, Lion City Sailors dan Hougang United, sebelum ini.



Selepas seri 2-2 bersama Sailors pada perlawanan minggu ke-12, Albirex menghadapi cabaran sengit menentang Hougang di Stadium Hougang minggu lalu.



Kishson Philip membuka tirai bagi Hougang pada minit ke-30 tetapi Albirex bangkit semula pada babak kedua.



Bekas pemain Bawah-18 Tahun Jepun, Kurabo Kondo, menyamakan kedudukan pada minit ke-51 sebelum Takahiro Tezuka mendapat sorakan penyokong Albirex apabila beliau menguis bola ke atas melepasi Izwan Mahbud dan masuk ke dalam gawang.



Keputusan berakhir 1-2, memihak kepada Albirex dan memberikan kelegaan kepada pasukan Shigetomi, selepas corak permainan Hougang yang tidak putus asa mengejar bola.



Kali terakhir Albirex tidak kalah selepas 13 perlawanan ialah pada musim 2018, apabila mereka memenangi liga tanpa kalah satu pun perlawanan musim itu.



Tanjong Pagar, yang berada di tangga keenam liga, dapat memberikan saingan sengit terhadap Albirex.



Selepas kemenangan mengejutkan ke atas Hougang United pada minggu ke-12, Tanjong Pagar ingin meneruskan persembahan baik mereka di Stadium Jurong East minggu lalu.



Namun, persembahan cemerlang Geylang pada babak pertama menjadi perbezaan dalam perlawanan itu.



Anak jurulatih Noor Ali, Ilhan Noor, membuka jaringan bagi Geylang pada minit ke-13.



Ia gol profesional pertama pemain berusia 18 tahun itu.



Pemain pertahanan baru Tanjong Pagar, Shakir Hamzah, pula menjaringkan gol sendiri pada minit ke-35 akibat salah faham bersama penjaga gawang Zharfan Rohaizad.



Ini penampilan pertama Shakir sejak menyertai Home United (kini Lion City Sailors) pada September 2018.



Beliau beraksi bersama Kedah dan Perak di Liga Super Malaysia sebelum pulang ke Singapura baru-baru ini.



Ilhan menjaringkan gol ketiga Geylang pada minit ke-37, sebelum penyerang Brazil, Luiz Junior, menjaringkan gol kelapan beliau musim ini dan perlawanan berakhir 3-1 bagi pihak Geylang.



Walaupun kalah, Tanjong Pagar tidak patah semangat dan akan bergantung harapan pada Luiz Junior untuk menyumbang gol dalam perlawanan malam Jumaat ini.



Luiz Junior menjaring gol dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.



Beliau juga sudah memecahkan rekod sendiri (tujuh gol musim lalu) dengan lapan gol dalam 13 perlawanan setakat ini.



Hingga 100 penonton yang telah melengkapkan vaksinasi atau menunjukkan bukti ujian negatif bagi Covid-19 akan dibenarkan menyaksikan semua perlawanan SPL di stadium, selepas Singapura kembali ke Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).




PERLAWANAN MINGGU INI



Jumaat, 7.45 malam

- Albirex Niigata lwn Tanjong Pagar United, Stadium Jurong East



Sabtu, 5.30 petang

- Young Lions lwn Hougang United, Stadium Jalan Besar



Ahad, 5.30 petang

- Balestier Khalsa lwn Lion City Sailors, Stadium Toa Payoh




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >