Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Boling: Pemain negara Iliya Syamim catat permainan sempurna di Kejohanan Dunia Super IBF

Nov 7, 2021 | 2:53 PM
daabec4a-d799-4cd7-8793-f13592ef491a
- INSTAGRAM ILLIYA SYAMIM

PEMAIN boling negara Iliya Syamim pada Sabtu (6 Nov) mencatatkan permainan sempurna 300 (jatuhan pin) dalam pusingan pertama acara kelayakan perseorangan wanita Kejohanan Dunia Super Persekutuan Boling Antarabangsa yang berlangsung pada 6-15 November. Pemain berusia 21 tahun itu, yang membuat penampilan sulung kejohanan antarabangsa, menamatkan pusingan pertama di Pusat Boling Antarabangsa Dubai dengan jumlah lima permainan sebanyak 1,205 jatuhan pin dan kini berada di tempat kedudukan keempat.

Rakan senegara Cherie Tan berada di tempat kelima selepas menjaringkan sejumlah 1,204 jatuhan pin, manakala rakan sepasukan Shayna Ng (1,139) dan New Hui Fen (1,116) masing-masing di tempat ke-11 dan ke-16. Pusingan kedua dan terakhir acara kelayakan perseorangan wanita akan berlangsung pada Isnin (8 Nov), dengan 32 atlet terbaik mara ke peringkat seterusnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg