Boo... Brazil!
Premium
Boo... Brazil!
Jul 14, 2014 | 11:56 AM
Boo... Brazil!
TIDAK ADA NASIB: Neymar turun ke padang untuk memujuk Oscar yang jelas kecewa akan nasib Brazil dalam Piala Dunia kali ini. - Foto REUTERS -
BRASILIA (Brazil): Kempen mengecewakan pasukan tuan rumah Brazil dalam Piala Dunia berakhir dengan disambut ejekan penyokong negara itu selepas mereka kalah lagi, kali ini 0-3 di tangan Belanda, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga pagi semalam.
Gol-gol menerusi sepakan penalti Robin van Persie dan Daley Blind menyaksikan Belanda meluru 2-0 dalam separuh masa pertama dan menimbulkan kebimbangan Brazil akan mengalami kekalahan memalukan 1-7 sewaktu tewas di tangan Jerman dalam separuh akhir tempoh hari.

