Premium
Bos baru Arsenal Emery iktiraf 'legasi' Wenger
Pengurus asal Sepanyol beri bayangan cara permainan pasukan musim depan
May 25, 2018 | 5:30 AM
CABARAN BESAR: Pengurus baru Arsenal, Unai Emery (atas), akur beliau memikul cabaran besar untuk mengikut jejak 'legasi' yang ditinggalkan bekas pengurus, Arsene Wenger. - Foto FACEBOOK ARSENAL -
LONDON: Pengurus baru Arsenal, Unai Emery, merakamkan pengiktirafan yang tinggi ke atas legasi yang ditinggalkan Arsene Wenger semasa menemui media buat pertama kali menyusuli pelantikannya kelmarin.
Bercakap dengan bahasa Inggerisnya yang agak kaku selepas diperkenalkan sebagai bos baru kelab oleh ketua eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis, di sidang media yang diadakan di Stadium Emirates, pengurus asal Sepanyol itu juga mengatakan bahawa beliau bangga dapat mengikut jejak Wenger.

