Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bradford pelihara impian ke Wembley, mara ke suku akhir Piala FA selepas tewaskan Sunderland

Feb 16, 2015 | 10:23 AM
AtASI JANGKAAN: Penyokong Bradford City meraikan kemenangan ke atas Sunderland.
AtASI JANGKAAN: Penyokong Bradford City meraikan kemenangan ke atas Sunderland. -

PIALA FA yang cemerlang bagi Bradford City berterusan, selepas ia menewaskan Sunderland 2-0 bagi menempah tempat di suku akhir buat pertama kali sejak 1976.

Dalam pertemuan di tempat sendiri pagi Isnin, Bradford membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri jaringan John O'Shea sebelum Jon Stead menggandakan jaringan pada minit ke-61. Ini bermakna Stead telah menjaringkan gol di setiap pusingan pertandingan bagi kelab Liga Satu itu.

Kemenangan ini memelihara impian Bradford ke separuh akhir di Wembley, di mana ia dijangka bertemu dengan salah satu gergasi Liga Perdana England - Liverpool, Arsenal atau Aston Villa - yang turut mara ke suku akhir.

Ia menewaskan pendahulu EPL Chelsea di pusingan keempat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg