Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Brazil berkabung, dikejut 1-7 oleh 'blitzkrieg' Jerman

Brazil tersingkir dari Piala Dunia selepas alami kekalahan paling teruk di Piala Dunia sejak 1924.
Jul 09, 2014 | 07:34 AM



IMPIAN Brazil untuk menjulang Piala Dunia keenam ranap selepas Jerman menjaringkan lima gol kilat kurang 30 minit selepas perlawanan bermula, untuk mencatat kemenangan 1-7 dalam separuh akhir di Belo Horizonte sebentar tadi.


Tanpa kapten Thiago Silva dan penyerang azimat Neymar, pertahanan Brazil runtuh dan ia tidak dapat mengelak kekalahannya yang paling teruk dalam 94 tahun.


Thomas Mueller membuka tirai jaringan seawal minit ke-11, menyambar bola yang jatuh di kakinya hasil satu tendangan sudut yang diumpan ke petak penalti oleh Tony Kroos. Selang 12 minit, Miroslav Klose membisukan lebih 60,000 penyokong pasukan tuan rumah di Estadio Mineirao apabila beliau menggandakan jaringan pada minit ke-23, sekaligus memahat namanya dalam sejarah sebagai penjaring gol terbanyak di Piala Dunia dengan 16 gol.


Toni Kroos menjamin kemenangan Jerman dengan dua gol kilat pada minit ke-24 dan 25 sebelum Sami Khedira menutup tirai jaringan separuh masa pertama dengan gol pertamanya di Piala Dunia ini dalam minit ke-29.


Brazil memulakan separuh masa kedua dengan mengasak gawang Jerman bertubi-tubi tetapi gagal memperdayakan Manuel Neur yang gagah mempertahankan kelebihan Jerman.


Sebaliknya, Jerman menjaringkan dua lagi gol menerusi Andre Schurrle pada minit ke 69 dan 79 sebelum Oscar menjaringkan gol sagu hati lewat dalam perlawanan untuk melengkapkan keputusan yang memalukan untuk Brazil.


Kali terakhir Brazil mengalami kekalahan teruk ialah dalam 1924, apabila ia tewas 0-6 kepada Uruguay.


Jerman mara ke final dan bakal bertemu Argentina atau Belanda yang bermain dalam separuh akhir kedua esok.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >