SAO PAULO: Kempen penuh hambar Brazil di Copa Amerika yang menyaksikan juara dunia sebanyak lima kali itu tersingkir seawal peringkat suku akhir - kepada Paraguay - sekali lagi menjerumuskan bola sepak di negara samba itu ke tahap mengecewakan, sekali gus membangkitkan 'perdebatan' bagaimana ia dapat mengembalikan era kegemilangannya.

Hanya setahun selepas diaibkan 1-7 oleh Jerman di Piala Dunia 2014 yang dianjurkannya sendiri, pelbagai alasan diberikan mengenai 'kekurangan' pasukan bergelar Selecao itu di Copa Amerika kali ini sekalipun sebahagian besar posmortem itu sudah 'lapuk' diperkatakan.