RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) melancarkan tugu Pele di ibu pejabatnya kelmarin, iaitu acara pertama daripada barisan acara yang akan diadakan bagi meraikan ulang tahun ke-50 kemenangan Piala Dunia pasukan itu pada Jun ini.
Pele, yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada Oktober ini dan kini mengalami kesukaran berjalan, tidak hadir di majlis pelancaran di muzium CBF itu namun telah diberikan previu untuk melihat tugunya, yang beliau menggambarkan sebagai "sempurna".


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg