Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Brazil menang, Neymar menangis diganti dek cedera

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



LUSAIL: Neymar menangis di bangku simpanan pada penghujung perlawanan pembukaan Brazil di Piala Dunia menentang Serbia selepas digantikan kerana buku lalinya terseliuh.



Doktor pasukan Brazil Rodrigo Lasmar mengesahkan penyerang itu mengalami kecederaan dan ia akan dinilai semula selepas perlawanan.



Ketua jurulatih Brazil Tite yakin Neymar akan terus bermain di Piala Dunia, tetapi Lasmar berkata terlalu awal untuk memberi komen tentang kecederaan itu.



Pemain berusia 30 tahun itu dikasari sembilan kali oleh peman Serbia dan digantikan pada minit ke-80 selepas dijatuhkan oleh terjahan Nikola Milenkovic.



Walaupun buku lali kanannya bengkak, Neymar kekal di padang selama 11 minit sebelum meminta diganti.



"Neymar melawan kecederaan kerana pasukan memerlukannya. Saya tidak nampak pun beliau cedera. Beliau terus bermain," kata Tite apabila ditanya mengapa Neymar tidak digantikan lebih awal.



Penyerang Paris St-Germain itu menangis di bangku simpanan ketika doktor mula merawatnya pada minit akhir perlawanan di Stadium Lusail itu.



Beliau menarik bajunya ke atas kepalanya semasa doktor menampal ais di kakinya.



Neymar masuk ke dalam bilik persalinan dengan terkial-kial, dan kemudian meninggalkan stadium tanpa bercakap kepada wartawan.



Beliau mengalami beberapa masalah kecederaan kaki kanannya sejak beberapa tahun lalu.



Bintang Brazil itu tidak menyertai Copa America 2019 selepas mengalami ligamen koyak di buku lali kanannya dan tidak bermain selama beberapa minggu pada 2021 kerana kecederaan sama.



"Perkara paling penting bagi kami ialah memastikan Neymar berada pada tahap 100 peratus untuk perlawanan seterusnya," kata penyerang Brazil Richarlison, yang menjaringkan kedua-dua gol semalam.



Dalam skuad yang dipenuhi penyerang bermutu, Tite menjadikan Richarlison penyerang pilihan pertamanya untuk bermain bersama Neymar dan Vinicius Junior.



Richarlison menjaringkan gol pertama Brazil pada minit ke-62 apabila penjaga gol Serbia Vanja Milinkovic-Savic menolak rembatan Vinicius ke arahnya, yang terus menerkam kesempatan itu.



Gol kedua Richarlison pada minit ke-73 bermakna beliau telah menjaringkan sembilan gol dalam tujuh penampilan terakhir nya bagi Brazil, alasan lanjut beliau dipilih Tite.



Pemain Tottenham itu adalah pemain pertama negaranya yang menjaringkan dua gol pada penampilan sulung di Piala Dunia sejak Neymar pada 2014. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >