Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Brentford tewaskan Fulham, masih boleh damba Liga Europa

Mar 08, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Impian Brentford untuk menjejakkan kaki di Liga Europa masih boleh menjadi kenyataan setelah pasukan itu menewaskan Fulham 3-2 pada Selesa, lapor BBC.



Kemenangan itu meletak Brentford di tangga kesembilan Liga Perdana England (EPL), empat tangga di bawah kedudukan untuk layak bagi Liga Europa.



Pengurusnya, Thomas Frank, meraikan kemenangan itu bersama penyokong yang melaungkan sorakan terhadap impian Liga Europa mereka selepas wisel penamat.



Ia melambangkan hasil kerja baik Frank.



Pemain pertahanan Ethan Pinnock membuka jaringan bagi pasukan tuan rumah pada minit ke-enam, sebelum penyerang Ivan Toney dan pemain midfield Mathias Jensen menjaringkan gol kedua dan ketiga.



Brentford tidak mampu kehilangan Toney, yang berbisa di hadapan gol, kerana penyerang itu berdepan kemungkinan digantung selepas beliau mengaku melanggar peraturan berkenaan pertaruhan oleh Persatuan Bola Sepak dan akan tampil di hadapan sebuah panel disiplin.



Sejauh ini, beliau telah menjaringkan 16 gol dalam 24 penampilan musim ini.



Dalam perlawanan Selasa, Toney mensia-siakan peluang keemasan menjaringkan gol keduanya selepas sepakan percuma beliau terkena palang.



Selain itu, prestasi Brentford sejak kebelakangan ini amat kukuh, memandangkan mereka ada kebolehan, intensiti dan pendekatan persaingan yang sengit - setiap pemain kelihatan sehaluan dengan apa yang diminta oleh Frank.



Brentford mungkin masih menghadapi cabaran sukar untuk menggapai impian itu, tetapi mereka berada di landasan yang betul untuk menjadikannya satu kenyataan dengan dipacu keyakinan dalam setiap perlawanan.



Dalam pada itu, sungguh tewas, Fulham juga mencerminkan prestasi baik bimbingan pengurus Marco Silva, yang sekarang meletak pasukan itu di tangga ketujuh EPL.



Ini setelah pasukan yang dikenali sebagai 'The Cottagers' itu dijangka menduduki tangga corot dan berada di ambang penyingkiran apabila musim EPL baru bermula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >