Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Brighton hadapi tugas berat, Newcastle azam pungut tiga mata

City sedang 'terbang', dapatkah Brighton jatuhkan mereka malam ini?
epl
Oct 23, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Hanya dua mata memisahkan Brighton & Hove Albion di tangga keempat dan Manchester City di tangga ketiga Liga Perdana England (EPL), mencerminkan kebolehan pengurus muda Brighton, Graham Potter, menyemarakkan semangat pemainnya sepanjang minggu-minggu pertama musim ini.



Namun, Brighton tidak setakat bergantung pada semangat.



Mereka mempunyai corak permainan menarik dan berkesan, selain barisan pemain berkebolehan.



Bekas penyerang England dan Arsenal, Ian Wright, berkata ramai menjangka Brighton akan menghadapi masalah musim ini setelah menjual pemain terbaik mereka, pemain pertahanan Ben White, kepada Arsenal.



Bagaimanapun, pemain seperti Yves Bissouma, Neal Maupay, Joël Veltman dan Lewis Dunk telah bangkit untuk mempertingkatkan persembahan mereka dan pasukan hingga melihat Brighton mengutip 15 mata daripada lapan perlawanan.



"Mereka adalah sebuah pasukan mantap... malah bukan musim ini sahaja. Mereka menunjukkan prestasi konsisten ini dalam dua, tiga tahun sejak dinaikkan ke Liga Perdana England.



"Musim ini, mereka telah membawa persembahan mereka setapak lagi tinggi. Dan saya amat gembira untuk pengurus mereka dan penyokong Brighton yang menakjubkan," ujar Wright.



Meskipun demikian, seorang lagi bekas penyerang England, Michael Owen, berkata perlawanan malam ini adalah ujian getir bagi Brighton dan sekiranya mereka menang, ia akan benar-benar mengeluarkan kenyataan kepada semua kelab lain bahawa Brighton harus digeruni musim ini.



Namun, Owen berpendapat perlawanan malam ini mungkin "satu langkah terlalu jauh" bagi Brighton, meskipun bermain di padang sendiri.



"Man City sedang 'terbang' sekarang dan sukar melihat Brighton berupaya membendung kemaraan mereka.



"Brighton bermain dengan baik, antara pasukan paling berkesan dalam liga. Tapi saya rasa untuk mendapatkan tiga mata daripada City, sesuatu yang terlalu sukar bagi mereka," ujarnya.



Meskipun akur ia adalah perlawanan sukar, Potter bersikap optimistik.



"Kami berada di kedudukan baik, dan tekanan untuk menang walau di padang kami sendiri, ialah di pihak lawan. Jadi ini memberi pemain kami kebebasan menunjukkan keupayaan mereka, mengekspresikan diri mereka. Saya harap itu menjadi tujuan utama kita nanti," kata beliau.



Selain Brighton bertemu City, perlawanan malam ini termasuk Chelsea menentang Norwich dan Crystal Palace menjadi tuan rumah kepada 'kelab kaya baru', Newcastle.



Newcastle, yang baru memecat pengurusnya masih menanti kemenangan pertama sejak dibeli oleh firma dana pelaburan Arab Saudi.



Penolong jurulatih, Graeme Jones, akan menerajui perjuangan Newcastle sebagai pengurus sementara.



"Saya tidak memikirkan soal lain, mengenai apa yang berlaku di luar padang," kata Jones.



"Yang penting, untuk penyokong Newcastle ialah kami mula mendapatkan tiga mata dan keluar daripada zon relegasi bermula dengan kemenangan mementang Crystal Palace," ujarnya. - Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >