Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN DUNIA

Britain antara lebih 30 negara ikrar sokong larangan atlet Russia, Belarus

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Britain adalah antara lebih 30 negara yang telah berikrar menyokong larangan berterusan terhadap atlet Russia dan Belarus bertanding dalam acara sukan antarabangsa di tengah-tengah pencerobohan Russia ke atas Ukraine.



Ia berikutan satu sidang puncak melibatkan semua negara-negara awal bulan ini.



Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sedang "meneroka laluan" untuk warga Russia dan Belarus bertanding sebagai atlet neutral.



Setiausaha kebudayaan Britain Lucy Frazer berkata rancangan IOC tidak boleh dipercayai.



Wakil daripada negara-negara termasuk Perancis, Jerman, Poland, Amerika Syarikat dan Canada menghadiri sidang puncak pada 10 Februari itu, yang dipengerusi oleh Cik Frazer.



Ukraine, yang bukan sebahagian sidang puncak itu, telah mengancam untuk memboikot Sukan Olimpik Paris 2024 sekiranya IOC tidak membenarkan atlet Russia bertanding.



Dalam satu kenyataan, Cik Frazer berkata: "Pakatan negara-negara ini telah menyokong Ukraine dalam pelbagai bidang dan kami akan terus berbuat demikian.



"Hari ini kami menyatakan kebimbangan serius kami terhadap rancangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang mungkin menyaksikan laluan untuk Russia dan Belarus kembali ke olahraga elit.



"Sebarang rancangan untuk membenarkan atlet Russia dan Belarus mengambil bahagian di Paris adalah tidak boleh dipercayai. Dengan kemungkinan kereta kebal dari Britain, Amerika Syarikat dan rakan kongsi Eropah tiba di Ukraine dalam beberapa minggu akan datang, dan Presiden Volodymyr Zelensky menyatakan kebimbangan serius terhadap beberapa serangan oleh Russia akan berlaku, kami menggesa IOC untuk mempertimbangkan semula kedudukannya."



IOC menyeru persekutuan untuk mengecualikan atlet dari Russia dan Belarus berikutan pencerobohan Ukraine dan mengharamkan negara-negara itu daripada Paralimpik Musim Sejuk pada Mac 2022 - walaupun atlet dibenarkan bertanding di bawah bendera neutral.



Beberapa persekutuan sukan telah mengabaikan cadangan IOC dan membenarkan atlet individu untuk bertanding sebagai neutral, tetapi yang lain telah mematuhinya.



Warga Belarus Aryna Sabalenka memenangi Terbuka Australia pada Januari ketika bertanding sebagai neutral, dan Persatuan Tenis Padang didenda £1.4 juta ($2.25 juta) oleh Persatuan Profesional Tenis (ATP) dan Persatuan Tenis Wanita (WTA) kerana mengharamkan pemain Russia dan Belarus daripada acara gelanggang padang musim panas lalu, termasuk Wimbledon.



Presiden IOC Thomas Bach berkata pada Disember organisasi itu berdepan "dilema besar" dalam memastikan atlet tidak menderita akibat sekatan sukan. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >