Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Brunei DPMM mungkin kembali lepas 3 musim

Oct 6, 2022 | 5:30 AM
ERLING HAALAND, 22 tahun Penyerang, Manchester City
ERLING HAALAND, 22 tahun Penyerang, Manchester City -

BEKAS juara Liga Perdana Singapura (SPL) mungkin bakal kembali bertanding dalam liga pada 2023 selepas tiga musim tidak beraksi.

Brunei DPMM pernah menyertai SPL dan pelopornya, Liga-S, dari 2012 hingga 2019, dan memenangi kejohanan pada 2015 dan 2019.

Namun, sekatan pergerakan akibat Covid-19 di Brunei pada 2020 bermakna DPMM tidak dapat mempertahankan takhta mereka.

Dalam satu mesyuarat Konfederasi Bola Sepak Asia di Kuala Lumpur minggu lalu, badan itu memberi izin kepada DPMM untuk menyertai pertandingan liga dan Piala Singapura pada 2023.

Jurulatih Tampines Rovers, Gavin Lee mengalu-alukan kepulangan DPMM dalam liga, dan berkata:

"Perjalanan ke sana (Bandar Seri Begawan) sentiasa memberi pengalaman berbeza yang baik kepada pasukan tempatan, dan paling penting, DPMM sentiasa menjadi pasukan yang hebat, dan mempunyai kualiti yang baik."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg