Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GRAND PRIX SINGAPURA

Perlumbaan 3 hari tetapi buat persiapan sepanjang tahun

Sep 25, 2022 | 05:30 AM



"ANDA hanya kerja tiga hari sepanjang tahun?"



Itulah soalan yang lazim diterima kakitangan Grand Prix Singapura.



Namun, realitinya jauh berbeza.



Grand Prix Singapura Formula Satu (F1) membuat kemunculannya semula tahun ini, setelah dua tahun berehat gara-gara pandemik Covid-19.



Perlumbaan malam di Litar Jalanan Marina Bay itu berlangsung mulai Jumaat hingga Ahad ini.



"Kami sering ditanya sama ada kami hanya kerja tiga hari dalam setahun. Saya pasti semua daripada kami yang bekerja di Grand Prix Singapura sudah banyak kali mendengar soalan itu!



"Sebenarnya kami menghabiskan sepanjang tahun merancang dan membuat persediaan untuk menjadikan setiap perlumbaan pengalaman yang tidak dapat dilupakan," kata Cik Juwaini Jumahat, 36 tahun, Pedagang Kanan Grand Prix Singapura.



Bagi Encik Hafiz Salleh, 30 tahun, Pengurus Acara di bawah Pasukan Operasi Grand Prix Singapura, meskipun beliau akan sibuk berlari-lari sekitar Taman Litar sepanjang acara tiga hari itu, tugasnya bermula sejak beberapa bulan lalu.



Ini termasuk merancang keseluruhan pengurusan sisa untuk lebih 250,000 orang yang bakal menghadiri perlumbaan tahunan itu.



"Itu adalah cabaran besar buat kami sebab semasa hari-hari perlumbaan, jalan raya kita terjejas. Jadi, kami hanya memiliki tempoh masa yang singkat untuk membuang sampah sebelum hari seterusnya," ujarnya.



Encik Hafiz juga terlibat dalam bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti Sport Singapore, Singapore Flyer dan Esplanade, dan merancang operasi dan pengurusan orang ramai di pintu masuk litar. Beliau turut mengendalikan latihan bagi sekitar 1,000 kakitangan operasi Taman Litar.



Walaupun proses perancangan telah bermula berbulan lama, Encik Hafiz berkata masa tetap mencemburui pihak penganjur.



"Tidak kira sebanyak mana kami cuba merancang, banyak perkara yang harus dilaksanakan untuk acara sebesar ini. Semua kakitangan sedang bekerja keras untuk menjayakan perlumbaan ini," kongsi beliau yang mula bekerja di Grand Prix Singapura pada 2010, awalnya sebagai kakitangan kontrak sebelum bekerja sepenuh masa pada 2016.



Cik Juwaini pula sudah bertugas di Grand Prix Singapura sejak edisi sulungnya pada 2008.



Beliau bermula sebagai pekerja sambilan di runcit barangan F1, sebelum menjadi penyelia runcit pada tahun seterusnya dan kemudian ditawarkan jawatan sepenuh masa sebagai penolong pedagang pada 2010.



Kini, tugasnya adalah menyelia Jabatan Barangan, yang bertanggungjawab merancang keseluruhan koleksi barangan bagi setiap edisi perlumbaan.



Barangan ini termasuk pakaian yang sedia dipakai dan pelbagai memorabilia seperti pena, cawan, tuala, lanyard dan magnet.



Cik Juwaini menyifatkan pekerjaannya "sangat bermakna", kerana "dapat mencipta dan menjual barangan rasmi acara yang eksklusif yang tidak terdapat di tempat lain".



"Tiada orang lain dibenarkan menghasilkan barangan sedemikian," tambahnya, yang juga melaksanakan tugas perolehan dan penjualan barangan dalam talian di laman web Grand Prix Singapura.



Pada hujung minggu perlumbaan, Cik Juwaini fokus pada mengurus sepasukan penyelia serta penolong runcit seramai 55 kakitangan, yang mengendalikan tujuh gerai barangan di dalam Taman Litar.



Dengan Grand Prix Singapura kembali diadakan pasca pandemik, Cik Juwaini tidak sabar untuk kembali "melihat boneka pakaian tidak berbaju", sementara Encik Hafiz menantikan saat kereta lumba melepasi garisan penamat di Bangunan Pit F1 pada Ahad depan.



"Saat itulah saya tahu bahawa bekalan sudah habis dijual hasil usaha gigih pasukan runcit di akhir hujung minggu perlumbaan," kongsi Cik Juwaini.



Encik Hafiz pula berkata: "Tempoh dua tahun lalu, yang mana tiada penganjuran perlumbaan, adalah tempoh yang sukar untuk saya. Ia rasa pelik.



"Jadi, apabila kami dapat kembali mengadakan perlumbaan, ia benar-benar mengujakan."



Beliau menambah bahawa peminat boleh menjangkakan perlumbaan tahun ini berskala "mega", dengan pelbagai hiburan dan kegiatan disediakan.



"Saya selalu tidak sabar untuk menyaksikan kereta terakhir memandu lalu garisan penamat pada hari perlumbaan. Bunga api kemudian akan dinyalakan dengan ratusan ribu orang didengar bersorak.



"Detik itu memberi saya kepuasan sebab, sebagai penganjur, kami tahu kami telah berjaya mengelolakan acara ini dengan baik," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >