Bundesliga tunggu izin pemerintah untuk sambung liga 9 Mei
Premium
Bundesliga tunggu izin pemerintah untuk sambung liga 9 Mei
CEO sahkan 'telah siap', pemain mula latihan sejak awal bulan ini dalam kumpulan kecil
Apr 25, 2020 | 5:30 AM
SUDAH TURUN PADANG: Pemain dan jurulatih Bayern Munich menjalani latihan Rabu lalu. Bundesliga menyasarkan menyambung semula liga itu pada 9 Mei, kurang dua bulan selepas ia digantung pada 13 Mac disebabkan pandemik Covid-19. - Foto AFP -
BERLIN: Bundesliga Jerman bersiap sedia menjadi liga bola sepak utama Eropah pertama, dan yang pertama daripada 'Kumpulan Lima Utama' - termasuk England, Perancis, Italy dan Sepanyol - untuk menyambung kejuaraan bulan depan, dengan syarat pemimpin politik negara itu memberi lampu hijau.
Pada satu sidang media kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Christian Seifert mengesahkan pihaknya telah menetapkan hasrat bermain semula pada 9 Mei, dua bulan selepas ia dihentikan kerana pandemik koronavirus Covid-19.

