Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Buru kontrak profesional, Saifullah selesa berlatih dengan kelab Sepanyol

Aug 13, 2018 | 05:30 AM



DALAM mengejar impiannya memburu kontrak profesional di luar negara, bakat muda Singapura, Saifullah Akbar, berkata beliau kini berasa selasa dengan kehidupan di Sepanyol.



Saifullah, 19 tahun, berlepas ke Tenerife, salah sebuah kepulauan Canary di Sepanyol, pada Selasa lalu bagi mengikuti latihan ujian selama 10 hari dengan pasukan simpanan kelab divisyen dua liga Sepanyol, CD Tenerife B.



Sekiranya beliau berjaya meyakinkan jurulatih di kelab itu terhadap bakatnya, beliau bakal menjadi pemain tempatan pertama mengukir kerjaya sebagai pemain bola sepak di Sepanyol.



Persamaan daripada segi budaya bola sepak dan kehidupan harian di sana membantu Saifullah menyesuaikan dirinya dengan mudah.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Saifullah berkongsi bahawa beliau gembira diberikan peluang berlatih bersama kelab itu.



Sekalipun baru bersama kelab itu selama sehari, bakat pemain muda itu terus diuji.



Beliau disertakan dalam perlawanan persahabatan menentang kelab jiran, CD Santa Ursula.



"Hari pertama saya di sini, saya rasa segalanya berjalan lancar.



"Saya beraksi dalam perlawanan persahabatan pada Rabu lalu dan saya berasa seronok diberi peluang itu.



"Meskipun hanya beraksi selama 45 minit pada separuh masa kedua dengan pasukan simpanan Tenerife, saya rasa saya bermain dengan baik bagi hari pertama dan perlawanan pertama saya di sini.



"Saya masih ada beberapa hari lagi di sini, jadi saya akan terus berusaha dan cuba membuat Singapura bangga," katanya.



Sebelum ini, anak sulung dua beradik ini sudah pun berpeluang mengikuti latihan di empat negara berbeza - Jepun, Australia, Perancis dan England.



Namun, pengalaman sekitar sebulan di Australia bersama kelab Liga Australia, Newcastle Jets, sekitar tiga tahun lalu, merupakan antara yang tidak dapat dilupakan dan penuh manfaat bagi dirinya.



Walaupun gagal mendapatkan kontrak profesional bersama kelab Liga Australia itu, Saifullah kini lebih bertekad mahu menebus kekecewaan itu dan berazam melakukan yang terbaik demi terus mencapai impiannya.



Dengan menanamkan harapan menjadi pemain profesional dengan Tenerife, pemain midfield yang mewakili pasukan negara bawah 23 tahun (U23) itu berkata semasa sidang media pada 3 Ogos lalu:



"Selepas tidak bermain selama lebih setahun (kerana menjalani Perkhidmatan Negara) dan dengan latihan ujian terakhir saya di Australia, saya kini lebih bermotivasi untuk ke Sepanyol dan melakukan yang terbaik.



"Saya tahu jika saya berjaya mendapatkan kontrak profesional di sini, tidak ada apa-apa yang mampu menahan saya. Saya hanya akan terus mengejar impian saya.



"Matlamat saya adalah mendapatkan kontrak. Ia sentiasa menjadi impian saya bermain secara profesional di Eropah dan saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh ke arah mencapai impian itu.



"Jika impian saya itu tidak kesampaian, saya masih berusia 19 tahun. Perjalanan saya masih panjang dan saya akan terus bekerja keras dan mencuba."



Bakat Saifullah malah turut mendapat perhatian dua lagi kelab Sepanyol - Girona dan Las Palmas. Namun, bekas pemain Tampines Rovers itu mengambil keputusan mencuba nasibnya di Tenerife.



Anak sulung bekas jurulatih Tampines Rovers, Muhammad Akbar Abdul Nawas, yang kini mengendalikan kelab Liga India, Chennai City, merasakan corak permainan kelab Sepanyol itu sesuai dengannya. Beliau berkata:



"Saiz badan saya tidak sebesar berbanding pemain Eropah, tetapi saya tahu bagaimana saya dapat mengatasi bahagian fizikal permainan di sini.



"Bapa saya pernah memberitahu saya bahawa Tenerife gemar menggunakan corak permainan yang padat dan laju... ini sesuai dengan gaya permainan saya."




"Saya tahu jika saya berjaya mendapatkan kontrak profesional di sini, tidak ada apa-apa yang mampu menahan saya. Saya hanya akan terus mengejar impian saya.

Matlamat saya adalah mendapatkan kontrak. Ia sentiasa menjadi impian saya bermain secara profesional di Eropah dan saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh ke arah mencapai impian itu."

- Saifullah Akbar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >