Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Buruan mahkota Man U direncatkan Sheffield United

Pasukan paling corot menang 2-1 di Old Trafford
Jan 29, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pasukan paling corot Liga Perdana England (EPL), Sheffield United merencatkan misi memburu kejuaraan Manchester United dengan menewaskan skuad Ole Gunnar Solskjaer itu 2-1 di Old Trafford.



Manchester United sedar mereka perlu menang selepas tetangganya Manchester City merampas kedudukan teratas liga selepas membelasah West Brom 5-0 Selasa lalu, tetapi gagal mempamerkan aksi terbaik di padang sendiri.



Kean Bryan meletak pasukan pelawat di depan pada babak pertama, tetapi bekas pemain Blades, Harry Maguire, menyamakan kedudukan. Namun, rembatan Oliver Burke memastikan kemenangan pertama Sheffield di Old Trafford sejak 1973.



Keputusan itu mengekalkan Manchester United dengan 40 mata, satu di belakang City, dengan skuad kendalian Pep Guardiola itu ada satu perlawanan dalam tangan - dan berpeluang memenangi gelaran ketiga dalam tempoh empat tahun.



"Kecewa, kami tidak dapat mencapai ketinggian permainan bola sepak yang kami tunjukkan sepanjang beberapa bulan lalu. Sangat mengecewakan, kami tidak dapat mencari huraian bagi adangan sangat padat dan pertahanan baik mereka.



"Tidak ada masa untuk berasa kasihan pada diri sendiri kerana Sabtu ini kami menghadapi Arsenal, kami harus melupakan ini, belajar daripadanya dan mara," ujar Solskjaer, yang mempersoal beberapa keputusan pengadil perlawanan itu.



Sebelum perlawanan itu, Sheffield United mempunyai hanya lima mata daripada 19 perlawanan - kutipan terburuk dalam sejarah EPL. Ia kini ada lapan mata, masih ketinggalan 10 mata di bawah garis selamat.



Sementara itu di Stadium Goodison Park, Leicester gagal menjadikan kenyataan hasrat menewaskan Everton, hanya mampu seri 1-1.



Everton menjarinkan gol pada minit ke-30 melalui James Rodriguez, tetapi pada babak kedua, Leicaster menyamakan kedudukan melalui Youri Tielemans. - Agensi berita




"Kecewa, kami tidak dapat mencapai ketinggian permainan bola sepak yang kami tunjukkan sepanjang beberapa bulan lalu. Sangat mengecewakan, kami tidak dapat mencari huraian bagi adangan sangat padat dan pertahanan baik mereka. Tidak ada masa untuk berasa kasihan pada diri sendiri kerana Sabtu ini kami menghadapi Arsenal, kami harus melupakan ini, belajar daripadanya dan mara."
- Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >