Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bye! Bye! Real! Kapten Marcelo tamat kerjaya dengan julang piala

Jun 05, 2022 | 05:30 AM



KAPTEN Real Madrid, Marcelo, menamatkan kerjayanya dengan pasukan itu dengan emosi dan pencapaian luar biasa.



Pemain berusia 34 tahun itu memenangi kejuaraan La Liga keenamnya bulan lalu, dan mengumpul 25 trofi dengan kejayaan Liga Juara-Juara kelima setelah pasukan Sepanyol itu menewaskan Liverpool pada Sabtu, sekali gus memintas pencapaian Paco Gento yang pencapaiannya termasuk enam Piala Eropah pada 1950-an dan 1960-an.



"Ia adalah emosi yang luar biasa kerana ia adalah perlawanan terakhir saya bersama Real Madrid," kata Marcelo setelah kemenangan 1-0 di Paris.



"Meninggalkan Real Madrid dengan piala Liga Juara-Juara Eropah adalah satu kegembiraan yang besar. Ia bukan hari yang menyedihkan."



Walaupun tidak beraksi dalam final, Marcelo kelihatan bersemangat di tepi garisan dan juga selepas Real berjaya menjadi Juara Eropah ke-14 mereka. Marcelo kemudian megah menjulang trofi, sebelum turut mengetuai sambutan di Plaza de Cibeles pada Ahad.



Pemain bek kiri itu menyarungkan bendera dan skaf atas patung di Dataran Cibeles, tempat Real secara tradisi mengadakan sambutan trofi bersama peminat, sebelum menjulang trofi itu di depan ribuan penyokong.



"Ia adalah detik indah dalam hidup saya. Saya menutup tirai di sini, di kelab terbaik di dunia," tambah Marcelo, yang berkata beliau bermimpi menjulang trofi tersebut selepas menggantikan Sergio Ramos sebagai kapten musim ini.



"Hari ini bukan hari sedih, tapi hari kegembiraan kerana kami telah sekali lagi memenangi kejohanan terunggul di dunia. Saya sangat bangga dengan diri saya dan begitu juga keluarga saya. Kami telah melalui malam-malam ajaib bersama."



"Saya beritahu anda satu perkara, masa depan Madrid amat cerah dengan pemain muda."



Mantan Presiden Ramon Calderon menyifatkan Marcelo sebagai "mutiara yang diidamkan" apabila Real Madrid meyakinkan pemain yang ketika itu berusia 19 tahun untuk menyertai mereka dari Fluminense pada Januari 2007, sambil menambah beliau bersedia menyertainya apabila Roberto Carlos berpindah.



Pemain Brazil itu jadi pilihan utama bek kiri pasukan selama sedekad dan seseorang yang dianggap oleh Marcelo sebagai idola.



"Untuk menyertai pasukan yang sama dengannya dan posisi yang sama, saya tidak sangka," katanya.



Pada hari pertamanya di Madrid, Marcelo mengimbas kembali pemain 'senior' itu berjalan menghampirinya, memberi nombor telefonnya dan berkata: "Jika anda perlukan apa-apa, hubungi saya."



Roberto Carlos berpindah ke Fenerbahce pada musim panas itu, dan sejak itu mendakwa Marcelo menjadi pemain yang lebih baik daripadanya.



Malah, beliau membuat lebih 500 penampilan untuk Real - kebanyakannya sebagai bek kiri menyerang tetapi juga sebagai pemain sayap - memenangi bukan sahaja La Liga dan Liga Juara-Juara berulang kali, tetapi juga empat Piala Dunia Kelab, tiga Piala Super Eropah, lima Piala Super Sepanyol dan Copa del Rey dua kali.



Beliau menerima pujian bukan sahaja daripada rakan senegara dan bekas rakan sepasukan Roberto Carlos, tetapi juga legenda AC Milan dan bek kiri Italy, Paolo Maldini.



Walau masa aksi di padang Marcelo berkurangan dalam beberapa musim terakhirnya - beliau bermain 18 kali dalam semua pertandingan musim ini - bekas pemain pertahanan Real Madrid, Fernando Hierro, berkata kapten itu kekal sebagai pengaruh penting dalam pasukan.



"Memang benar Marcelo adalah pemain yang akan menggantikan Roberto Carlos, tidak kurang, tidak lebih," jelas Hierro. "Dan sudah tentu hari ini beliau adalah pemain paling terunggul di Real Madrid.



"Marcelo sentiasa pemain yang sangat istimewa. Beliau membawa banyak kegembiraan, kreativiti kepada permainan dan merupakan pemain yang sangat menarik untuk ditonton - dan beliau juga seorang lelaki yang baik, sangat mesra dan seorang yang elok. Saya sangat gembira beliau adalah pemain terunggul dalam sejarah kelab."



Bos Real Madrid Carlo Ancelotti menyifatkan Marcelo sebagai "seorang lagenda dan rakan saya" - dan pemain pertahanan itu berkata ia mungkin bukan kali terakhir beliau dilihat di Bernabeu.



"Saya perlu melakukan sesuatu dengan kelab ini. Saya akan kembali ke Real Madrid satu hari nanti,'' kata Marcelo. - Agensi berita.




"Ia adalah detik indah dalam hidup saya. Saya menutup tirai di sini, di kelab terbaik di dunia..

Hari ini bukan hari sedih, tapi hari kegembiraan kerana kami telah sekali lagi memenangi kejohanan terunggul di dunia. Saya sangat bangga dengan diri saya dan begitu juga keluarga saya. Kami telah melalui malam-malam ajaib bersama."

- Kapten Real Madrid, Marcello.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >