Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Bye Bye Spurs! Hello Man U?

Harry Kane hilang sabar mahu pindah buru trofi impian
Feb 20, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United pernah terbabit dalam saga berpanjangan untuk membeli pemain baru dan hasratnya untuk membeli Harry Kane pada musim panas ini mungkin mengulangi perkara itu.



Media bola sepak di England kini melaporkan pasukan yang dipimpian oleh Erik ten Hag itu sedang memantau keadaan berhubung Kane di Tottenham, dengan kapten England itu kini memasuki tempoh 18 bulan terakhir dalam kontrak dengan Tottenham Hotspur.



Malah, beberapa media di England berkata Kane, yang gagal memenangi sebarang trofi utama sejak menyertai Spurs, kini berharap untuk berpindah ke kelab lain untuk meraih impian memenangi Liga Perdana England (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah.



Kehandalan Kane diiktiraf oleh pemerhati bola sepak terbaik dunia dan pdaa minggu lalu, pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol ke-267 bagi Spurs, mengatasi jaringan gol rekod Jimmy Greaves di kelab itu.



Ini bemakna Kane telah meraih semua pencapaian yang boleh dimenanginya di Spurs dan trofi yang selanjutnya mungkin boleh dimenangi bersama kelab lain.



Mungkin berpandukan pandangan yang sama, Ten Hag dan United kini ingin mengambil kesempatan memikat jentera gol yang diharap dapat melengkapkan pasukan itu dalam usahanya bangkit kembali sebagai kuasa besar dalam bola sepak Eropah.



Dalam musim perpindahan pemain Januari lalu, Ten Hag memperoleh Wout Weghorst dari Burnley, dengan pemain Belanda berusia 30 tahu itu diharap dapat memimpin barisan depan bagi baki musim ini.



Difahami, Kane bukan satu-satunya pemain yang menjadi sasaran Ten Hag pada musim panas Jun ini, tetapi Kane - yang serba berpengalaman dalam EPL - adalah pemain yang dianggap boleh menyesuaikan diri dengan pantas dengan cara permainan United.



Malangnya, sebarang percubaan United untuk mendapat pemain barisan depan itu - yang kini menjadi pemain ketiga di belakang Wayne Rooney dan Alan Shearer menjaringkan lebih 200 gol dalam liga terunggul England - bermakna ia perlu berunding dengan Daniel Levy, pengerusi Spurs yang diketahui hati batu dan enggan menjual pemain kepada pasukan seteru dalam liga yang sama.



United dan Ten Hag hanya perlu merujuk kepada insiden melibatkan Manchester City dengan Kane pada 2021, apabila kelab kaya-raya itu gagal membeli Kane walaupun mecuba sedaya upaya dan rela membelanjakan ratusan juta paun.



Malah laporan yang diterbitkan oleh akhbar di Britain sejak minggu lalu mencadangkan Levy masih tidak berganjak dari pendirian enggan menjual kepada pasukan lain dalam EPL.



Namun, dari Jerman pula, Bayern Munich dikatakan berminat untuk membeli Kane, dengan Levy dianggap lebih rela menjual pemain yang tidak lagi ingin kekal di Spurs; dan tanpa menguatkan pasukan pesaing.



Pada masa yang sama, ada beberapa pemerhati berkata Levy sekadar menunggu masa yang paling sesuai untuk menjual Kane dan sedang cuba memaksa United menokok 10-15 peratus tawaran asal, berdasarkan perbuatan United untuk membeli Antony.



Walaupun United pada mulanya enggan berganjak dan tidak mencapai sebarang huraian berhubung harga bagi Antony yang ingin dirampas dari Ajax, United akhirnya, dalam keadaan terdesak, terpaksa menerima harga lebih tinggi yang ditetapkan oleh Ajax.



Pemerhati berkata Levy akan bertindak serupa dengan Spurs dan United perlu bertindak lebih tegas.



Perunding utama, John Murtough harus belajar dari insiden dengan Antony dan menampilkan tawaran mutlak kepada Spurs dan Kane. Jika tawaran itu tidak diterima oleh Spurs, United harus beredar dan memburu pemain lain yang berada dalam form lebih hangat musim ini.



Sebagai contoh, pemain Napoli, Victor Osimhen telah menunjukkan beliau antara penjaring gol yang terbaik di dunia pada musim ini.



Goncalo Ramos dari Benfica juga sedang menjaringkan banyak gol.



Dengan kelab-kelab utama lain seperti Liverpool dan Newcastle dijangka mencari-cari penyerang baru pada Jun nanti, United harus bertindak dengan tegas dan berani, membeli pemain yang benar-benar didambanya. - Agensi berita




REKOD HARRY KANE DI SPURS



Muncul: 304 kali



Jaring 267 gol sejak 'debut' untuk Spurs pada 2011




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >