Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Cabaran 16 kelab gergasi Eropah getir hadapi pertemuan genting

Manchester United tentang Paris Saint-Germain, Liverpool rentap Bayern Munich, Real Madrid lawan Ajax Amsterdam
Dec 19, 2018 | 05:30 AM



NYON, SWITZERLAND: Liverpool akan menghadapi juara bertahan lima kali Bayern Munich dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, manakala pasukan Jose Mourinho, Manchester United akan berdepan pasukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.



Real Madrid pula akan menentang Ajax Amsterdam dalam pemilihan yang diadakan kelmarin di Nyon dengan kelab Sepanyol itu cuba merebut piala tersebut buat kali kelima dalam enam musim.



Lionel Messi dan pasukannya Barcelona pula akan menghadapi Lyon.



Kededua Liverpool dan Bayern pernah menjulang trofi tersebut selama lima kali dengan Liverpool merupakan pasukan finalis yang dikalahkan musim lalu.



Liverpool kini berada di kedudukan teratas Liga Perdana England manakala Bayern, di bawah jurulatih baru Niko Kovac, tidak menepati prestasi tinggi yang selalu menjadi sasaran mereka musim ini dalam Bundesliga.



"Ini pasukan yang sering diperhatikan sekarang, yang mendahului dalam liga di England, mereka kini bermain dengan begitu baik, amat fizikal, dan mereka juga sedang memperbaiki persembahan mereka. Kami amat menanti-nantikan (perlawanan) ini," menurut pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, menyentuh tentang pertemuan kelab itu dengan Liverpool.



"Memang pasukan yang sukar untuk dihadapi, tetapi inilah yang dinanti-nantikan pemain."



Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menambah: "Memang persaingan ini amat sengit, amat menarik dan memang saya nanti-nantikannya."



Anak buah Pep Guardiola, Manchester City, pula akan berhadapan dengan pasukan Jerman Schalke 04 manakala Atletico Madrid, finalis yang ditewaskan pada 2014 dan 2016, akan menghadapi Cristiano Ronaldo dan Juventus.



"Memang ini perlawanan yang amat sukar, dengan jaringan gol yang sedikit," menurut jangkaan naib presiden Juventus Pavel Nedved.



"Cristiano dijangka menjadi tumpuan Liga Juara-Juara, beliau memang selalu menampilkan perkara tersebut, dengan jaringan golnya dan kemenangannya. Pasukan kami memang kuat dan kami boleh bertenang dan yakin."



Pasukan yang mendahului Bundesliga, Borussia Dortmund akan bertemu Tottenham Hotspur bagi musim kedua berturut-turut, selepas bertemu satu sama lain dalam peringkat kumpulan tahun lalu, manakala Roma bertemu bekas juara selama dua kali Porto.



"Kami sudah pun bertemu dengan mereka (Tottenham) selama dua kali. Mereka lawan yang amat kuat, peluang kami 50-50. Pasukan ini mempunyai pemain yang baik. Kami juga kuat, dan (perlawanan) akan menjadi menarik," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund Hans-Joachim Watzke.



Sementara itu, United pernah mengadakan pertemuan pertama dengan PSG, tetapi mereka kini berada di belakang Liverpool dengan jurang 19 mata berikutan kekalahan 3-1 mereka di Anfield Ahad lalu.



United berhadapan dengan tugas sukar untuk menghadapi pasukan yang menampilkan Neymar dan Kylian Mbap - dua pemain termahal dunia.



"Selalunya memang sukar untuk berhadapan dengan Manchester United," kata ketua PSG Thomas Tuchel.



"Mereka mempunyai pengalaman yang banyak dalam pertandingan ini, mereka telah memenanginya banyak kali. Memang selalunya sukar untuk bermain di Old Trafford, cabaran yang sangat besar.



"Serupa dengan jika kami berhadapan dengan Mourinho. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pertandingan ini dan itu harus dihormati."



Pengarah bola sepak Manchester City, Txiki Begiristain, pula memberi amaran bahawa juara Inggeris itu tidak akan menghadapi perlawanan yang mudah dengan Schalke, walaupun kelab itu kini berada di tempat ke-13 di Jerman.



"Pasukan yang mungkin menghadapi kesukaran dalam liga mereka masih menunjukkan prestasi baik dalam Liga Juara-Juara," kata Begiristain.



"Schalke merupakan satu cabaran. Selepas masa rehat musim sejuk, kelab Jerman biasanya memang merbahaya."




"Ini pasukan yang sering diperhatikan sekarang, yang mendahului dalam liga di England, mereka kini bermain dengan begitu baik, amat fizikal, dan mereka juga sedang memperbaiki persembahan mereka. Kami amat menanti-nantikan (perlawanan) ini. Memang pasukan yang sukar untuk dihadapi, tetapi inilah yang dinanti-nantikan pemain."
– pengarah sukan kelab Bayern Munchen, Hasan Salihamidzic, menyentuh tentang pertemuan dengan Liverpool




Jadual Perlawanan 16 pasukan Kejohanan Piala Juara-Juara Eropah



  • 12 FEBRUARI & 6 MAC

1. Manchester United (ENGLAND) lawan Paris Saint-Germain (PERANCIS)



2. Roma (ITALY) lawan Porto (PORTUGAL)



  • 13 FEBRUARI & 5 MAC

3. Tottenham Hotspur (ENGLAND) lawan Borussia Dortmund (JERMAN)



4. Ajax Amsterdam (BELGIUM) lawan Real Madrid (SEPANYOL)



  • 19 FEBRUARI & 13 MAC

5. Lyon (PERANCIS) lawan Barcelona (SEPANYOL)



6. Liverpool (ENGLAND) lawan Bayern München (JERMAN)



  • 20 FEBRUARI & 12 MAC

7. Schalke (JERMAN) lawan Manchester City (ENGLAND)



8. Atlético Madrid (SEPANYOL) lawan Juventus (ITALY)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >