LAIN amatur, lain pula dunia golf profesional.

Pemain muda berbakat setempat Abdul Hadi Uda Thith tentu sekali akur antara cabaran besar yang dihadapinya terutama bagi tahun-tahun awal kerjaya profesionalnya - memastikan dana yang mencukupi bagi membolehkannya bersaing di pelbagai kejohanan di luar negara.