Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SIRI TIGA NEGARA FAS

Cabaran besar menanti Singa: Nazri

Hariss dan rakan-rakan dibuai keyakinan tapi jurulatih pasukan tidak remehkan keupayaan Filipina yang dibarisi ramai pemain yang beraksi di Eropah
Mar 29, 2022 | 05:30 AM



BERBEKALKAN kemenangan memberangsangkan dalam perlawanan pertama menentang musuh tradisi Malaysia di siri perlawanan Tiga Negara FAS 2022, anak didik Nazri Nasir melangkah ke Stadium Negara malam ini dengan penuh keyakinan, walaupun berdepan ujian lebih genting.



Lawan mereka dalam perlawanan kedua ialah Filipina, pasukan bergelar The Azkals yang kebanyakannya dibentuk pemain yang berpangkalan di Eropah.



Apatah lagi, Singapura hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Filipina di kejohanan Piala AFF Suzuki pada Disember lalu.



Oleh itu, Nazri tidak pandang rendah terhadap lawannya itu dan tahu bahawa "ia bukan perlawanan mudah" apabila berdepan dengan skuad kendalian Scott Cooper itu nanti.



"Saya sempat melihat perlawanan mereka menentang Malaysia. Walaupun keputusan 2-0 (Malaysia menang), mereka dapat mengekalkan (prestasi) dengan baik pada akhir perlawanan.



"Ia (perlawanan) akan berbeza, walaupun mereka mempunyai lebih masa rehat," katanya dalam satu sidang media praperlawanan semalam.



Dengan berbekalkan skuad yang besar, 24 pemain yang sedia beraksi, Nazri dijangkan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utamanya malam ini.



Namun, seorang pemain yang mungkin memainkan peranan penting dalam rancangan taktikalnya adalah penyerang Ikhsan Fandi yang menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjaringkan dua gol di depan 14,896 penyokong di Stadium Negara Sabtu lalu.



"Beliau bermain dengan sangat baik di Liga Thai dan prestasinya kekal sama.



"Sebelum ini, kita mempunyai penyerang nombor sembilan seperti bapanya, Fandi Ahmad, Noh Alam Shah dan Khairul Amri... apa yang saya boleh katakan adalah Ikhsan sesuai dengan nombor (posisi) itu dan kian menyerlah dengan setiap perlawanan," ujar beliau.



Nazri juga berharap Ikhsan dapat "memecahkan rekod bapanya" dalam segi penampilan dan catatan gol bagi skuad negara.



Selain Nazri, pemain kelahiran Korea, Song Uiyong, turut memuji kebolehan Ikhsan di padang selepas membantu penyerang itu mencatatkan gol pertama pada minit ke-30 ketika kedua negara jiran itu bertembung.



"Ikhsan seorang pemain yang profesional dan beliau kerja keras di padang. Hubungan kami (di padang) amat baik.



"Semua pemain lain juga mempunyai set minda yang sama terhadapnya. Saya hanya akan buat terbaik untuk membantu Ikhsan menjaringkan gol dan juga buat terbaik untuk menjaringkan gol," katanya dengan penuh semangat.



Jurulatih The Azkals, Cooper pula percaya akan kebolehan skuadnya itu meskipun tidak dapat menurunkan pemain Bundesliga, Gerrit Holtmann, dan beberapa tunggak lain disebabkan Covid-19.



"Kami yakin dengan pemain yang ada bersama ini. Malangnya, kami juga mempunyai beberapa pemain yang tidak dapat beraksi di siri perlawanan ini.



"Tetapi, ia bukan tentang memenangi siri perlawanan ini walaupun ia sesuatu yang baik... kami ingin meninjau keupayaan para pemain dan perbaikinya menjelang Jun... itulah arah yang kami tujui," kata Cooper, merujuk pada saingan kelayakan Piala Asia 2023.



Tiket bagi Siri Tiga Negara berharga $20 bagi orang dewasa dan $10 bagi pelajar berusia 16 tahun dan di bawah serta warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh dibeli di aman web Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Penyokong juga boleh membeli tiket di pejabat tiket Hab Sukan Singapura di luar Kallang Wave pada hari perlawanan mulai 10 pagi hingga 9.30 malam.



Penonton perlu menunjukkan bukti status vaksinasi penuh mereka, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun dan bawah yang dikecualikan daripada vaksinasi mesti ditemani orang dewasa berusia 21 tahun dan ke atas.



Sejajar dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat baru-baru ini, penyokong akan dapat duduk tanpa perlu mematuhi jarak sosial tetapi harus memakai pelitup pada setiap masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >