Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG KEJOHANAN BOLA SEPAK WANITA AFF

Cabaran besar menanti tapi semangat berpasukan kekuatan SG

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



KERJASAMA berpasukan menjadi kunci bagi Singapura memaparkan aksi memuaskan di Kejohanan Wanita AFF 2022, kata kapten Ernie Sontaril.



Ernie, 33 tahun, juga bersikap realistik mengenai peluang pasukan wanita Singa untuk mara ke separuh akhir kejohanan bola sepak wanita Asean itu dan memberitahu Berita Harian (BH) bahawa meningkatkan prestasi persembahan akan diutamakan dalam kempen kali ini.



"Sejak awal lagi, jurulatih (Stephen Ng) menekankan pentingnya untuk kami bekerja sebagai sebuah pasukan. Kami harus berusaha gigih bantu satu sama lain (di padang) dan membangkitkan semangat berpasukan dalam skuad.



"Tidak kira apa keputusannya, kami sering dipesan agar kekal bersatu," ujar Ernie.



"Kami sasar untuk mempertingkatkan persembahan dalam setiap perlawanan dan sekiranya kami mampu mendapat kemenangan, ia adalah bonus, sedang kami juga ingin memperbaiki ranking dunia Fifa kami," tambah pemain pertahanan itu, yang menyarung jersi kelab setempat, Lion City Sailors.



Singapura, yang baru-baru ini naik tiga anak tangga dan menjadi pasukan nombor ke-132 dunia, diundi dalam kumpulan mencabar - Kumpulan A bersama-sama tiga pasukan yang bakal ke Piala Dunia Wanita 2023, Australia dan Filipina (sudah melayakkan diri), manakala Thailand akan beraksi dalam perlawanan play-off.



Musuh serantau, Malaysia dan Indonesia, turut ditempatkan dalam kumpulan sama.



Skuad Singapura berangkat ke Manila, Filipina, semalam bagi kejohanan yang berlangsung lusa (4 Julai) hingga 17 Julai itu.



Sebagai persiapan, Singapura telah mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Jalan Besar minggu lalu.



Pasukan negara rebah 0-4 kepada Hong Kong dalam pertemuan pertama sebelum memperbaiki persembahan kalah tipis 0-1 kepada lawan sama tiga hari kemudian.



Meskipun kecundang, Ernie berkata siri perlawanan itu membantu pemain menyesuaikan diri pada taktik baru jurulatih Ng dan mendedahkan wajah baru skuad bersaing menentang lawan sukar.



"Ia pastinya merangsang keyakinan pasukan untuk menyerang lawan dan benar-benar membantu memperkukuhkan lagi benteng pertahanan kami sebagai sebuah pasukan," jelas Ernie.



Pasukan wanita Singa akan membuka tirai saingan mereka menentang musuh seberang Tambak, Malaysia, lusa.



Dalam perlawanan pembukaan itu, Ernie dijangka membuat penampilan ke-50 beliau untuk Singapura, yang kekal menjadikannya pemain bola sepak wanita paling banyak mewakili negara.



Menganggap ia satu "pencapaian besar" dalam kerjaya bola sepaknya, Ernie, yang pertama kali menyarung jersi skuad senior Singa pada 2008, berkata:



"Sejujurnya, saya rasa bersyukur dan bertuah dapat bermain untuk pasukan nasional, meskipun pada usia saya sekarang. Ia tidak mudah untuk kekal bermain kerana gaya permainan bola sepak kini sudah berkembang.



"(Tapi) usia hanyalah satu angka... saya harap dapat menyumbang kepada pasukan dan berkongsi pengalaman saya bersama pemain-pemain muda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >