Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Cabaran besar Vieira di Crystal Palace

Jul 12, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pada 2017, Crystal Palace menggantikan salah seorang pengurus paling berpengalaman di Liga Perdana England (EPL) dengan seorang lagi pengurus yang belum pernah mengendalikan sebuah pasukan England.



Frank de Boer, pengganti Sam Allardyce, dipecat hanya selepas lima perlawanan.



Pada 2021, Crystal Palace sekali lagi mengambil langkah yang sama. Kali ini menggantikan Roy Hodgson, 73 tahun, dengan Patrick Vieira.



Mampukah Vieira bertahan lebih lama berbanding De Boer?



Vieira, 45 tahun, sejauh ini hanya telah mengendalikan dua pasukan - kelab di Bola Sepak Utama Amerika (MLS) New York City FC dan kelab Ligue 1 Perancis, OGC Nice.



Pada satu tahap, bekas pemain tengah Arsenal itu kelihatan seolah-olah sedang dipersiapkan untuk menjadi pengurus Manchester City di masa hadapan.



Sebaliknya, peluang beliau menguruskan pasukan EPL ternyata di Selhurst Park.



Pengalaman pengurusan Vieira tidak kurang hebatnya.



Sepanjang dua musim bersama New York City FC, yang merupakan anak kelab Manchester City, di mana beliau berjaya mencatatkan kedudukan yang lebih baik setiap musim.



Pada musim terakhirnya, kelab itu berjaya menduduki tangga kedua MLS.



Selepas mendapati peluangnya menjadi pengurus baru Manchester City semakin tipis, Vieira mengambil keputusan untuk mengambil cabaran baru di Perancis dengan menyertai Nice pada 2018.



Pada musim sulungnya, beliau memimpin kelab itu untuk menduduki tangga ketujuh liga - satu tempat lebih tinggi berbanding apa yang dicapai kelab tersebut dalam kempen liga mereka sebelumnya di bawah pengurusan Lucien Favre.



Namun keputusan buruk menyusul dan pada Disember 2020, Nice mengumumkan bahawa Vieira tidak lagi memegang jawatan pengurus pasukan selepas lima kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan, termasuk penyingkiran dari peringkat kumpulan Liga Europa.



Sejak itu, beliau belum pernah dilantik lagi dan kini menjadi pengamat bagi kejohanan Euro 2020.



Vieira belum pernah menjulang sebarang trofi ketika mengendalikan kedua-dua pasukan - namun itu bukan menjadi prasyarat bagi jawatan di Crystal Palace, yang juga tidak pernah memenangi trofi utama bola sepak England sepanjang sejarahnya selama 116 tahun.



Bekas pemain kebangsaan Perancis itu terkenal dengan gaya bola sepaknya yang menarik ketika bersama NYC tetapi semasa bersama Nice - sebuah kelab Eropah tanpa pemain terbaik dalam liga - mungkin lebih relevan dengan Palace.



Beberapa kritikan yang dilontarkan terhadapnya ketika bersama Nice termasuk kurangnya kreativiti, masalah dengan pengambilan pemain baru dan kegagalan untuk mencari kesebelasan utama terbaiknya.



Terdapat juga laporan yang mengatakan beliau hilang kawalan terhadap pemainnya dan peminat kelab juga tidak memberikannya sokongan.



Pemenang Piala Dunia itu merupakan pilihan ketiga Palace selepas usaha kelab itu untuk mendapatkan Nuno Espirito Santo dan Lucien Favre gagal.



Dengan pelantikan baru ini, Vieira memikul tanggungjawab yang besar dan ramai yang mempersoalkan kebolehannya dalam liga yang lebih mencabar.



Jika dilihat daripada pengalamannya sebagai pemain, Vieira merupakan juara EPL sebanyak tiga kali dan telah merangkul Piala FA sebanyak empat kali bersama Arsenal dan satu bersama Manchester City.



Beliau disenaraikan dalam pasukan pilihan Liga Perdana sebanyak tujuh kali dan merupakan pemain terbaik pada 2001.



Selain itu, beliau juga pernah menjadi jurulatih di England dengan City dan dalam wawancara pertamanya sebagai pengurus Palace, beliau mengongsi tentang kegembiraannya dalam "projek" di Selhurst Park, termasuk rancangan untuk mengembangkan akademi.



Palace akan membuka tirai kempen baru EPL menentang Chelsea pada 14 Ogos, sebelum Vieira membuat kunjungan ke kelab lamanya, Arsenal pada 16 Oktober. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >