BELIAU boleh dianggap sebagai golongan jurulatih muda berbakat yang giat mengukir nama dalam arena bola sepak setempat.
Musim ini, bekas jurulatih kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Home United, Aidil Sharin Sahak, berpeluang menebar sayap dengan menyahut cabaran terbesar sepanjang kerjaya dalam pengurusan bola sepak apabila dilantik ketua jurulatih pasukan Liga Super Malaysia (MSL), Kedah, pada 1 Januari lalu.