Premium
Cabaran terbesar tiba di luar gelanggang...
Mar 11, 2019 | 5:30 AM
SISA KEMALANGAN: Inilah keadaan kereta yang dipandu Nur Hisham selepas terlibat dalam nahas di lebuh raya Malaysia pada 2012. - Foto fail -
BAGI bekas kapten skuad sepak takraw nasional, Nur Hisham Adam, antara cabaran terbesar yang terpaksa dilalui bukan tiba di dalam gelanggang sukan itu, sebaliknya di luar gelanggang.
Lebih tepat lagi pada 26 Disember 2012 - apabila kereta yang dipandu semasa pulang daripada percutian di seberang Tambak terlibat dalam satu nahas jalan raya dengan sebuah lori di Alor Gajah, Melaka.

