Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cardiff City ingin dapat khidmat Bale

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Cardiff City mengadakan perbincangan bersama wakil Gareth Bale, sedang kelab itu meningkatkan usaha untuk menandatangani kapten Wales itu, yang kontraknya sudah tamat.



Bale, 32 tahun, boleh diperolehi secara percuma setelah meninggalkan Real Madrid.



Wakil Bale mengesahkan kepada BBC Sport Wales bahawa mereka sedang dalam rundingan bersama pengerusi Cardiff Mehmet Dalman.



Namun, perjanjian itu belum selesai dan ejen Bale juga "masih mengadakan perbincangan bersama banyak kelab lain".



Pemenang lima Liga Juara-Juara, Bale telah dikaitkan dengan pemindahan ke pasukan Major League Soccer di Amerika Syarikat, serta kembali ke pangkuan Tottenham.



Walaupun mustahil bagi pemain yang menyertai Real dengan bayaran rekod dunia £85 juta ($144.5 juta) pada 2013 untuk bermain dalam liga Championship, Cardiff adalah pilihan yang realistik.



Bale lahir dan dibesarkan di Cardiff dan fokus utamanya adalah untuk memimpin Wales dalam penampilan pertama Piala Dunia sejak 1958 tahun ini.



Cardiff berkongsi tapak latihan bersama Persatuan Bola Sepak Wales, yang akan membolehkan Bale untuk bekerja rapat dengan kakitangan perubatan dan kecergasan Wales.



Keluarganya masih menetap di ibu kota Wales itu dan ada teori yang mengatakan bahawa Bale mungkin akan lebih memilih mengenai perlawanan yang dimainkan sekiranya menyertai Cardiff - berbanding pasukan Liga Perdana - sebagai persiapan bagi pusingan akhir di Qatar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >