Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cari kekuatan bangkit semula selepas gagal raih pingat

Feb 19, 2019 | 05:30 AM



DI Kejohanan Pencak Silat Dunia Junior terakhirnya pada April tahun lalu, beliau pulang ke tanah air dengan tangan kosong.



Pesilat negara, Siti Khadijah Shahrem, 18 tahun, hampir hilang harapan.



Namun ketika ditemui wartawan Berita Harian di majlis anugerah Sekolah Sukan Singapura (SSP) Rabu lalu, kehidupan atlit muda itu seakan telah berubah 360 darjah.



Namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar-Atlit Cemerlang Moo Soon Chong 2019 (Menengah) di majlis yang juga merupakan sambutan ulang tahun ke-15 sekolah sukan itu.



Anugerah berprestij tinggi SSP itu diberikan kepada pelajar-atlit cemerlang yang mencapai keseimbangan dalam sukan, akademik serta mempunyai watak teladan pada tahun sebelumnya.



Ia turut dipersembahkan sebagai mengingati pengetua pertama sekolah sukan itu, mendiang Encik Moo Soon Chong.



Siti Khadijah berkata:



"Sejujurnya, saya memang tak sangka akan menang anugerah ini sebab prestasi saya pada awal 2018 boleh dikatakan mengecewakan dan tidak baik."



Namun dengan dorongan keluarga tercinta, sekolah sukan dan Persekutuan Silat Singapura (SSF), atlit muda itu mencari kekuatan bangkit semula.



Usahanya berbaloi apabila beliau merupakan antara pesilat negara yang berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara dalam kategori tanding Kelas C (55-60kg) di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.



Di Kejohanan Pencak Silat Dunia pada Disember tahun lalu, Siti Khadijah meraih satu lagi pingat gangsa untuk negara dalam kategori yang sama.



Kejohanan yang diadakan di Singapura itu adalah yang pertama buat beliau di peringkat senior.



Lantas, pencapaian yang dimilikinya pada Rabu lalu adalah sesuatu yang membanggakan bagi pelajar tahun pertama Diploma Pengurusan Sukan (DSPM) di sekolah sukan itu.



Ini merupakan julung kalinya beliau merangkul anugerah SSP itu.



"Anugerah ini sangat bermakna buat saya dan saya tujukan ia kepada ibu saya," kata pesilat yang menceburi sukan itu sejak usianya 12 tahun lagi.



Ibu beliau kini sedang melakukan kerja kemasyarakatan di luar negara dan telah berjauhan dengannya sejak tiga tahun lalu.



Menyifatkan dirinya yang dahulu sebagai pembuat masalah, Siti Khadijah berharap anugerah tersebut dapat menjadi pembakar semangat untuk beliau terus berjaya dalam arena silat dan juga akademiknya.



"Sasaran saya seterusnya adalah Sukan SEA pada November ini dan dalam masa lima tahun akan datang, Insha-Allah, saya ingin menjadi seorang juara dan juga cendekiawan," tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >