Carrick tujukan kemenangan MU kepada Solskjaer, Berita Sukan - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan0

LIGA JUARA-JUARA

Carrick tujukan kemenangan MU kepada Solskjaer

Kelab Old Trafford akhiri rentetan keputusan mengecewakan untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara
Nov 25, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Pengurus sementara Manchester United Michael Carrick berkata kemenangan United ke atas Villareal dinihari semalam - yang menempatkan kelab itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah - ditujukan kepada bekas pengurus Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam perlawanan di Sepanyol, gol-gol jaringan Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho memberikan Carrick kemenangan pertama sebagai ketua pengurus, hanya dua hari selepas beliau mengambil alih kepimpinan dari Solskjaer.

Solskjaer dipecat awal minggu ini selepas kelab itu mengharungi beberapa keputusan yang mengecewakan dalam beberapa perlawanan terakhirnya.

"Masa dua hari yang baru berlalu ini bukanlah tempoh yang mudah bagi kelab ini dan keputusan ini kami tujukan kepada Ole," ujar Carrick, yang pada 2008 memenangi Liga Juara-Juara sebagai pemain bersama The Red Devils.

"Malam ini, kami mengetepikan segala perkara yang berlaku di luar padang dan melaksanakan tugas yang perlu kami lakukan.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Ia bukan satu perkara yang mudah, untuk melangkah ke padang dan beraksi selepas apa yang kami harungi baru-baru ini, tapi pasukan menunjukkan semangat waja untuk berjuang dan menundukkan lawan."

Sementara itu, Ronaldo memelihara rekod menjaringkan gol dalam setiap perlawanan Liga Juara-Juara musim ini apabila beliau melambungkan bola melepasi penjaga gawang lawan Geronimo Rulli pada minit ke-78, selepas menerima hantaran dari Fred yang merampas bola dari Etienne Capoue.

Menyusuli itu, Sancho menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan, melengkapkan kemenangan bagi United.

Namun, kemenangan United itu juga disebabkan ketangkasan David De Gea menjaga gawangnya.

Beliau menyelamatkan - secara akrobatik dan menggunakan satu tangan - gawang United daripada ditembusi dua kali hasil percubaan Manu Trigueros semasa kedudukan terikat 0-0.

Kemenangan itu bermakna United akan mara ke pusingan selanjutnya sebagai juara kumpulan dengan persaingan peringkat kumpulan masih berbaki satu perlawanan.

Ini selepas Atalanta hanya mampu seri 3-3 dengan Young Boys.

Kemenangan United itu disambut baik oleh penyokongnya yang mengikuti pasukan ke Sepanyol, dengan sorakan mereka lantang kedengaran semasa Carrick memeluk pemain-pemainnya di wisel penamat.

Ia juga sedikit sebanyak menceriakan kelab Old Trafford itu, yang sebelum perlawanan ini telah jatuh ke tangga kelapan dalam Liga Perdana England - 12 mata di belakang pendahulu Chelsea.

Malah, Solskjaer dipecat selepas perlawanan liga terakhir hujung minggu lalu, apabila United dimalukan 1-4 oleh Watford.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan itu, Carrick, yang menjadi pembantu Solskjaer sebelum ini, berkata beliau tidak berminat untuk menunjukkan keupayaan kepada pemilik kelab dengan hasrat merebut jawatan sebagai pengurus tetap United.

Dalam pada itu, bekas rakan sepasukan Carrick, Paul Scholes, yang kini bertugas sebagai pengulas dengan BT Sport berkata Carrick dan rakan jurulatih yang lain seperti Kieran McKenna dan Mike Phelan seharusnya meletakkan jawatan dan mengiringi Solskjaer meninggalkan kelab itu.

"Saya akan berasa begitu malu untuk meneruskan tugas," ujar Scholes.

"Seperti Ole, mereka juga telah mengecewakan kelab."

Dalam kenyataan sebelum ini, United telah berkata ia sedang meneroka pilihan bagi melantik seorang pengurus sementara sehingga penghujung musim ini sebelum melantik seorang pengurus tetap bagi musim akan datang. - Agensi berita.


"Masa dua hari yang baru berlalu ini bukanlah tempoh yang mudah bagi kelab ini dan keputusan ini kami tujukan kepada Ole... Malam ini, kami mengetepikan segala perkara yang berlaku di luar padang dan melaksanakan tugas yang perlu kami lakukan. Ia bukan satu perkara yang mudah, untuk melangkah ke padang dan beraksi selepas apa yang kami harungi baru-baru ini, tapi pasukan menunjukkan semangat waja untuk berjuang dan menundukkan lawan."
- Pengurus sementara Manchester United, Michael Carrick.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map