Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

REVIU BRAZIL LWN SWITZERLAND

Casemiro wira tidak dijangka Brazil

Tanpa Neymar, Casemiro jaring gol kemenangan, bantu Brazil mara ke pusingan seterusnya
Nov 30, 2022 | 05:30 AM



DALAM ketiadaan bintang Neymar, yang hanya mampu menonton pasukan Brazil beraksi dari kaca televisyen ketika beransur pulih daripada kecederaan buku lalinya, terbit seorang wira baru - dan juga yang diduga - Casemiro.



Sebelum perlawanan, beliau digelar sebagai "pemain halimunan" utama Brazil, dan pada akhir 90 minit saingan awal pagi semalam, Casemiro dipuji sebagai "pemain midfield terbaik dunia".



Pertembungan Brazil menentang Switzerland semalam kelihatan suram dan menuju ke keputusan seri tanpa gol tetapi pemain Manchester United itu ada rancangan lain.



Dengan baki tujuh minit perlawanan dan beberapa peminat menuju ke pintu keluar stadium, Casemiro melancarkan rembatan yang sukar diselamatkan ke sudut tepi gawang untuk membawa keceriaan kepada penyokong yang tinggal serta pasukannya ke pusingan 16 pasukan terbaik berbaki satu perlawanan pusingan Kumpulan G.



Jaringan satu sentuhan dengan menggunakan bahagian luar kakinya itu juga menggembirakan legenda Brazil, Ronaldo, Roberto Carlos dan Cafu, yang duduk bersama menonton perlawanan tersebut di Stadium 974.



Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer, berkata: "Ia mustahil untuk menyelamatkan rembatan itu. Tiada apa yang anda boleh lakukan mengenainya." Gol itu yang terkena bahagian belakang Manuel Akanji sebelum masuk ke gawang tidak relevan pada pendapatnya. "Dia merembat bola dengan sangat sempurna."



Ini bukan kali pertama teknik Casemiro menarik perhatian. Golnya untuk Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2017 juga menakjubkan.



Beliau lambat laun dijangka menjaringkan gol di Qatar dan hampir berbuat sedemikian selepas percubaannya terkena palang gawang dalam perlawanan pembukaan Brazil menentang Serbia. "Salah satu kebaikannya adalah dia boleh merembat bola dari jarak pertengahan," kata penolong jurulatih Brazil, Cesar Sampaio kepada The Athletic. "Dia adalah rujukan seluruh dunia dalam posisinya."



Apabila Manchester United memperoleh Casemiro pada musim panas, ada yang tertanya-tanya sama ada kelab itu membuat kesilapan sama - seperti dengan Bastian Schweinsteiger - pemain yang sudah melepasi kemuncaknya yang digantikan oleh Madrid dengan Aurelien Tchouameni.



Selepas gagal memburu tandatangan Frenkie de Jong kemudian Adrien Rabiot, pemain veteran itu tidak menerima sambutan sama berbanding rekrut baru United, seperti Paul Pogba, pada masa lalu. Untuk seorang pemain berusia lebih 30 tahun, beliau juga mahal.



Tetapi, Casemiro boleh melakukan segalanya. Beliau, bagaimanapun, adalah ahli salah satu barisan pemain midfield hebat sepanjang zaman dengan Toni Kroos dan Luka Modric.



"Keutamaan pertama saya adalah untuk membantu pasukan, untuk membawa keseimbangan dan menyokong pemain pertahanan kami," tegas Casemiro.



"Tetapi, ketika lawan kami lebih bertahan, kami perlu merasakan apa yang berlaku dalam perlawanan, membantu penyerang dan pemain sayap kami dan apabila anda mempunyai peluang untuk menyerang..." Anda menyerang dan tindakannya itu membuahkan hasil.



Kemenangan semalam menjamin tiket Brazil ke pusingan kalah mati dan Neymar kemudian menulis di Twitter: "Casemiro telah menjadi pemain midfield terbaik di dunia sejak sekian lama."



Ditanya pengurus Tite mengenai pendapatnya, beliau menjawab sambil tersenyum dan berkata: "Sebagai kebiasaan, saya sentiasa menghormati pendapat. Saya biasanya tidak mengulas tetapi saya akan membenarkan diri saya berbuat demikian hari ini.



"Saya setuju."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >