Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN KOMANWEL

CDM gesa atlet SG beri segalanya agar tak pulang kehampaan

S'pura hantar 67 atlet di temasya Sukan Komanwel yang bermula di Birmingham pada hujung bulan ini
Jul 09, 2022 | 05:30 AM



KEJAYAAN yang diraih di Sukan SEA awal tahun ini boleh menjadi motivasi bagi atlet nasional yang bakal bertanding di Sukan Komanwel di penghujung bulan ini.



Berkata demikian, ketua rombongan atau chef-de-mission (CDM) negara ke temasya sukan itu, Lim Heem Wei, berkata atlet nasional harus bertanding bersungguh-sungguh supaya tidak pulang dengan perasaan hampa.



Lim, yang pernah mewakili negara di gelanggang gimnastik, berkata beliau tidak menetapkan sebarang matlamat pingat bagi rombongan 67 atlet negara yang akan ke Birmingham bagi temasya sukan yang berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Oos itu.



Ini kerana ada beberapa perubahan dalam pasukan-pasukan yang menggondol pingat di Sukan Komanwel lalu di Gold Coast, Australia; dan acara menembak tidak akan dipertandingkan di Birmingham.



Kededua sukan itu telah menyumbang 32 daripada 37 pingat emas yang dimenangi Singapura di peringkat Komanwel sejak penglibatan pertama pada 1958.



Pandemik yang melanda sejak dua tahun lalu juga telah menjejas persiapan atlet.



Namun, Lim berkata beliau lebih menaruh keyakinan terhadap keupayaan atlet yang pastinya telah menetapkan matlamat masing-masing.



"Setiap atlet individu mempunyai matlamat yang berbeza-beza. Mereka dan jurulatih masing-masing pastinya mempunyai matlamat yang jelas yang mahu dicapai," ujar Lim.



Lim, yang memenangi pingat perak di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India, berkata setiap atlet harus menangani tekanan dan membuat persiapan rapi dengan cara bersungguh-sungguh.



Tiada gunanya jika atlet melalui latihan dengan separuh hati tetapi menaruh harapan mendapatkan hasil yang lebih daripada usaha yang dilaburkan, kata beliau lagi.



"Bagi saya setiap atlet harus yakin dengan proses yang dijalani dan apabila anda telah memberikan usaha yang terbaik dalam latihan dan semasa pertandingan, anda tidak akan meninggalkan gelanggang dengan sebarang kekecewaan," kata Lim.



Beliau berkata demikian kelmarin, semasa upacara penyampaian bendera yang diadakan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Singapura, Cik Kara Owen.



Singapura menghantar rombongan 67 atlet ke Birmingham.



Di temasya sukan yang lalu di Gold Coast, Singapura memenangi empat emas, dua perak dan dua gangsa di sana.



Dua atlet, pemain badminton Terry Hee, 27 tahun, dan atlet angkat berat para, Nur Aini Mohamad Yasli, 30 tahun, diberi penghormatan sebagai pembawa bendera negara di acara pembukaan di Stadium Alexander.



Aini akan bertanding di Sukan Komanwel buat julung-julung kali.



Beliau mendapat tempat keenam semasa beraksi di Sukan Paralimpik tahun lalu.



Beliau berkata:



"Ini adalah kali pertama saya akan bertanding dalam kategori terbuka (wanita sehingga 61 kg) di mana lima kategori digabungkan.



"Ia adalah satu cabaran yang menarik kerana saya akan bertanding dengan atlet yang lebih besar."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >