BEKAS penjaga gawang Chelsea dan Arsenal, Petr Cech, telah menukar but bolanya kepada kasut luncur ais dengan menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Hoki Ais Nasional, Guildford Phoenix - juga sebagai penjaga gawang.

Pemain asal Republik Czech itu, yang juga peminat sukan hoki ais, telah menerima kasut luncurnya selepas bersara daripada sukan bola sepak.