Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN LAYAR

Cecilia Low, Kimberly Lim sasar kekal emas Sukan Asia

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



PELAYAR kapal nasional untuk acara 49erFX, Cecilia Low dan Kimberly Lim, menyasarkan untuk mengekalkan emas Sukan Asia mereka pada bulan September, tetapi mereka menjangkakan cabaran yang lebih sukar di Hangzhou.



Kedua-duanya percaya bahawa sejak Sukan Asia terakhir di Jakarta, bidang melayar telah menjadi lebih kukuh dengan ramai pesaing memperoleh lebih banyak pengalaman sejak lima tahun lalu.



Perlumbaan mereka baru-baru ini di Princess Sofia Regatta di Mallorca pada awal April juga membolehkan mereka memahami persaingan yang akan mereka hadapi.



Daripada 60 pasangan yang mengambil bahagian dalam acara itu, Low dan Lim menduduki tempat ke-28.



Low dan Lim baru-baru ini menghadiri satu acara di One15 Marina Sentosa Cove pada Rabu untuk mengumumkan penaja pakaian baru Persekutuan Kapal Layar Singapura, iaitu Hong Seh Group.



Syarikat kapal layar mewah itu akan menaja $70,000 dalam tempoh tiga tahun.



Low, 32 tahun, berkata: "Semua orang mempunyai lebih banyak masa dalam bot dan mendapatkan jurulatih yang lebih berpengalaman, jadi semua orang menjadi lebih pantas dan lebih kuat."



Mengulas tentang kemajuan pesaing mereka, Lim menambah:



"Pada Sukan Asia yang lalu, mereka agak baru... mereka mempunyai dua tahun dalam bot tetapi, pada masa kami pergi ke Tokyo, semua orang lebih berpengalaman."



Terdapat juga ketidakpastian mengenai peralatan, yang telah berubah sejak Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan pada 2021.



Low berkata bahawa "sebarang pengubahan pada bot membuat perbezaan yang besar".



Pasangan itu menyatakan bahawa, dalam kempen sebelumnya, mereka mempunyai idea yang baik tentang persediaan setahun sebelum Sukan Olimpik tetapi perubahan peralatan untuk Sukan Paris masih belum dimuktamadkan.



Keadaan juga agak berbeza bagi kedua-dua mereka, yang kembali ke pengajian mereka selepas Sukan Olimpik Tokyo, di mana mereka mencipta sejarah dengan menjadi pelayar kapal Singapura pertama yang layak untuk perlumbaan pingat.



Tetapi mereka percaya mereka telah mencapai kemajuan yang baik dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



Lim, 26 tahun, berkata: "Kami menggunakan waktu kami dengan lebih baik berbandingkan kempen lalu, ia adalah sesuatu yang datang dengan pengalaman.



"Jika kami tidak melakukan kempen itu, kami tidak akan berfikir dengan cara yang sama."



Mereka berniat kembali berlatih sepenuh masa di Eropah dari Mei hingga Sukan Asia yang akan berlangsung daripada 23 September hingga 8 Oktober.



Lim akan menamatkan pengajian dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pada April manakala Low, yang mempunyai beberapa modul lagi di Universiti Asia Aeronautikal Embry-Riddle, sedang berusaha untuk menangguhkan pengajiannya.



Walaupun mereka tidak pasti sama ada mereka akan meneruskan kempen Olimpik kedua, Sukan Asia akan menjadi penting dalam membantu mereka membuat keputusan.



Pada bulan Ogos, mereka akan bertanding dalam Kejohanan Pelayaran Dunia yang diadakan di Belanda.



Kejohanan itu juga berfungsi sebagai kelayakan Sukan Paris 2024.



Low menambah: "Kejohanan itu membolehkan kami mengenalpasti perkara yang boleh kami perbaiki dan sejauh mana kami boleh menambah baik.



"Sukan Olimpik hanya tinggal setahun lagi, jadi sebenarnya tidak ada banyak masa untuk mempelajari peralatan baru itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >