Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chantal Liew, perenang lautan terbuka pertama S'pura ke Olimpik

Jun 20, 2021 | 06:39 PM



PERENANG  lautan terbuka, Chantal Liew, mencipta sejarah sebagai warga Singapura pertama yang menempah tempat ke Sukan Olimpik dalam sukan tersebut pada Sabtu (19 Jun).



Walaupun beliau akui dirinya kemudian sakit kepala berdenyut-denyut dan terasa loya, Liew, 22 tahun, gembira berada di tempat ke-29 dalam lumba renang 10 kilometer dengan masa 2 jam, 12 minit dan 20 saat.



Liew berada di Setubal,  Portugal, bagi acara kelayakan Maraton Renang Fina Olympic yang disertai 40 perenang merata dunia.



Akhbar The Straits Times melaporkan beliau adalah  peserta Asia terbaik di belakang pencapaian dua perenang Jepun, Yumi Kida (2:03:03, tempat ke-12) dan Minami Niikura (2:04:56, tempat ke-19).



Dengan Jepun selaku tuan rumah Olimpik sudah mendapat tempat di acara gilang-gemilang antara 23 Julai dengan 8 Ogos itu, kedudukan Liew menjadikannya satu-satu peserta  yang mengisi kuota benua Asia yang ditetapkan.



Dalam wawancaranya bersama The Straits Times tidak sampai sejam selepas perlumbaan itu tamat, Liew yang pada 2017 bergelar wanita Singapura pertama memenangi pingat renang lautan terbuka di Sukan SEA, berkata:



“Secara jujur, saya rasa teruk betul hari ini. Saya rasa macam nak muntah dengan sakit kepala yang berdenyut-denyut.



“Kejutan layak ke Olimpik sudah berlalu tetapi saya kini mula rasakan kesan perlumbaan tersebut.”



Beliau akui keadaannya tidak semudah yang dijangka di Portugal kerana beliau kurang melibatkan diri dalam perlumbaan kerana pandemik, kali terakhir pada Februari 2020.



Namun, kecekalan membawanya mengatasi pesaing utamanya dalam kuota Asia, perenang Hong Kong, Nip Tsz Yin,  pada saat-saat akhir ketika mempunyai jarak 2.1 kilometer lagi untuk direnangi.



Jurulatih Liew, Marcus Cheah, mengulas:



“Saya bangga dengan pencapaiannya, memandangkan sukar menuju ke arah impian Olimpik semasa pandemik ini.



“Apabila beliau mula memecut dan mengatasi perenang Hong Kong itu, saya tak terkata-kata. Minda saya kosong dan saya hanya tahu, saya perlu bersorak memberikannya galakan terus.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >