Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Charmaine Soh kembali wakili negara

Aug 12, 2022 | 5:30 AM
KEMBALI BERSAING: Bintang bola jaring negara Charmaine Soh akan kembali ke gelanggang untuk mewakili negara bulan depan, hanya tiga bulan selepas melahirkan anak pertama. - Foto fail
KEMBALI BERSAING: Bintang bola jaring negara Charmaine Soh akan kembali ke gelanggang untuk mewakili negara bulan depan, hanya tiga bulan selepas melahirkan anak pertama. - Foto fail -

BINTANG bola jaring negara Charmaine Soh akan kembali ke gelanggang untuk mewakili negara bulan depan, hanya tiga bulan selepas melahirkan anak pertama.

Soh, 32, telah dipilih menyertai skuad negara yang akan bertanding dalam Kejohanan Bola Jaring Asia (ANC) yang berlangsung di OCBC Arena di Hab Sukan, pada 3-11 September.

Beliau menyertai 11 lagi pemain bola jaring yang dinamakan semalam oleh penganjur.

Ini termasuk pemain midfield, Kimberly Lim yang akan muncul dalam pertandingan antarabangsa utama buat pertama kali sejak mengalami kecederaan kaki di Piala Negara-Negara pada 2019.

Soh, yang bermain di posisi penjaring gol, berkata beliau tidak sabar beraksi di depan penyokong sendiri dan kelebihan ini akan memberinya dorongan tambahan untuk berlatih dan bersedia bagi kejohanan itu.

Beliau berkata:

"Bukan selalu kita dapat menganjurkan pertandingan utama seperti Kejohanan Bola Jaring Asian. Pengalaman seperti ini begitu istimewa.

"Sebenarnya saya rindukan berlatih dengan pasukan... adalah hebat kerana kini saya dapat menyambung latihan.

"Bermain di tempat sendiri, di depan rakan-rakan dan keluarga adalah pengalaman unik dan saya tidak sabar untuk melangkah ke gelanggang dan pada kali ini, disaksikan anggota terbaru keluarga saya."

Soh dan Lim, yang masing-masing telah mewakili negara sebanyak 122 dan 94 kali, adalah pemain yang paling berpengalaman dalam pasukan.

Skuad nasional bakal dipimpin oleh kapten bersama, Toh Kai Wei dan Khor Ting Fang.

Khor, dan empat lagi pemain, Tan Yi Jie, Amandeep Kaur Chahal, Miki Ng dan Yew Shu Ning bakal beraksi dalam pertandingan utama buat julung-julung kali.

Yew, 24 tahun, berkata beliau berasa amat terhormat kerana dipilih menyertai pasukan nasional dan tidak sabar untuk mewakili negara.

Beliau, yang bermain di bahagian pertahanan berkata:

"Saya tidak sabar mengalami sendiri suasana beraksi di depan penyokong sendiri. Saya jangka saya akan rasa gementar, tetapi pemain lebih mapan telah banyak membantu dengan berkongsi nasihat untuk menguruskan keadaan ini. Mereka juga banyak memberi galakan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg