Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea balas dendam ke atas Leicester, cerah ke Liga Juara-Juara

Kekalahan 1-2 Leicester tipiskan peluangnya bersaing dalam liga pasukan terbaik Eropah musim depan
May 20, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Chelsea menewaskan Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) semalam, untuk mencerahkan peluangnya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.



Bagi Leicester, kekalahan 1-2 itu menipiskan peluangnya mara ke kejuaraan tersebut.



Kemenangan itu juga bermakna Chelsea membalas dendam terhadap Leicester, yang bergelar The Foxes, yang menewaskannya 1-0 dalam final Piala FA.



Chelsea menjaringkan gol melalui Antonio Rudiger dan Jorginho.



Kelechi Iheanacho menjaringkan satu gol bagi Leicester, yang tidak merintis peluang gol yang mencukupi untuk menang.



Chelsea meloncat ke tangga ketiga liga dengan kejayaan itu, sementara Liverpool boleh menyingkir Leicester dari tangga keempat jika ia memenangi perlawanannya dengan Burnley pagi tadi.



Semalam, tiada keraguan pasukan Thomas Tuchel layak mengutip semua tiga mata selepas Rudiger menjaringkan gol dari jarak dekat hasil hantaran tendangan sudut.



Jorginho menjamin kemenangan Chelsea melalui tendangan penalti selepas Wesley Fofana mengasai Timo Werner.



Sebelum itu, Chelsea kurang bernasib baik kerana tidak melangkah ke waktu rehat dengan kelebihan dua gol, selepas rayuan Werner untuk mendapatkan penalti ditolak pengadil dan dua gol yang dijaringkannya dibatalkan.



Leicester cuba menyamai kedudukan tetapi gol tunggal yang dijaringkan Iheanacho selepas rakan sepasukan Wilfred Ndidi memberi tekanan terhadap benteng Chelsea tidak mencukupi.



Ia kini harus menjaringkan tiga gol apabila bertemu Tottenham Hotspur dan memenangi perlawanan pada hari terakhir itu atau mengharap Liverpool tercicir mata.



Perlawanan itu, yang kesudahannya sudah dijangka dari awal, tetap penuh drama pada penghujungnya apabila perkelahian berlaku antara pemain dan disertai pemain dari kedua-dua bangku simpanan.



Pemain Leicester Ricardo Pereira dan pemain simpanan Daniel Amartey dilayang kad kuning.



Kemenangan ini sedikit sebanyak mengubat kekecewaan Chelsea menjurainya Piala FA - peluang Tuchel memenangi trofi pertamanya dalam bola sepak England.



Namun, ia mempunyai peluang memenangi trofi lebih besar apabila bertemu Manchester City dalam finla Liga Juara-Juara Eropah 10 hari dari sekarang.



Chelsea juga mencerahkan peluangnya bertanding dalam Liga Juara-Juara musim depan dengan tiga mata semalam.



Ia hanya perlu menewaskan Aston Villa dalam perlawanan terakhir musim ini untuk menjamin tempat di empat tangga teratas liga.



Bagi Leicester, walau apa terjadi musim ini, ia adalah musim paling berjaya selepas memenangi kejuaraan liga pada 2015-16.



Trofi Piala FA dalam genggamannya bermakna musim ini tidak berakhir dengan kegagalan bagi Leicester jika ia tidak melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.



Ia kini berharap Burnley atau Crystal Palace menewaskan Liverpool atau Spurs 3-0 dalam perlawanan terakhir mereka.



Jika Liverpool menewaskan kededua lawan mereka dengan kelebihan dua gol, Leicester harus menewaskan Spurs dengan lebih banyak gol. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >