Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Chelsea, bekas jurulatih Bayern Julian Nagelsmann berunding

Apr 19, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pasukan Liga Perdana England (EPL) Chelsea telah mengadakan perbincangan dengan Julian Nagelsmann sebagai sebahagian proses pasukan itu mencari pengurus baru.



Warga Jerman berusia 35 tahun itu dipecat oleh juara Bundesliga Bayern Munich pada Mac selepas tidak sampai dua tahun mengendalikan pasukan gergasi itu.



Menurut satu laporan BBC Sport, difahamkan bahawa Chelsea belum ada sebarang pilihan untuk menggantikan pengurus Graham Potter yang dipecat pada April.



Sungguhpun perbincangan dengan Nagelsmann sudah diadakan, proses mencari pengurus baru masih giat dilakukan - Chelsea dilaporkan turut berminat mendapatkan perkhidmatan bekas pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol Luis Enrique.



Potter meninggalkan Chelsea kurang tujuh bulan selepas meninggalkan Brighton & Hove Albion untuk menggantikan Thomas Tuchel.



Nagelsmann, salah seorang jurulatih muda yang diberi penilaian tertinggi dalam bola sepak, juga dikaitkan dengan Tottenham Hotspur.



Beliau pernah bekerjasama dengan pengarah sukan Chelsea, Laurence Stewart, dan pengarah teknikal Christopher Vivell semasa beliau mengendalikan pasukan RB Leipzig dari 2019-2021.



Nagelsmann juga dianggap sebagai salah satu bakat terbaik dalam pengurusan bola sepak setelah menjadi pengurus Hoffenheim semasa berusia 28 tahun sebelum berpindah ke RB Leipzig - yang beliau terajui hingga kelab itu berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara.



Beliau kemudian menyertai Bayern Munich pada 2021 dan memenangi kejuaraan liga pada musim pertamanya sebagai pengurus, di samping dua Piala Super Jerman.



Bayern, yang melantik Tuchel selepas memecat Nagelsmann, telah memancing jurulatih pasukan utama Chelsea, Anthony Barry, dan rundingan diteruskan antara kelab.



Buat masa ini, bekas pemain England dan legenda Chelsea Frank Lampard mengambil alih sebagai pengurus sementara pasukan itu.



Dalam empat perlawanan pertama di bawah kendalian Lampard, pasukan itu masih belum berjaya mencatat sembarang kemenangan dan beliau memikul tugas berat apabila pasukannya menjadi tuan rumah menentang Real Madrid dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >