Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Chelsea boleh cipta keistimewaan pada peringkat kedua: Lampard

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



MADRID: Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard, berkata pasukannya mampu mengatasi defisit 0-2 pada peringkat kedua suku akhir Liga Juara-Juara ketika menentang Real Madrid Rabu depan dan menegaskan bahawa sesuatu yang istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge.



Dalam perlawanan peringkat pertama suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis, gol-gol jaringan Karim Benzema dan pemain gantian Marco Asensio membolehkan juara bertahan Real Madrid mendominasi perlawanan.



Chelsea perlu bermain dengan 10 pemain baki setengah jam terakhir perlawanan setelah pemain midfield Ben Chilwell dilayangkan kad merah kerana mengasari Rodrygo pada minit ke-59.



Pasukan kendalian Lampard mencatatkan tujuh percubaan di padang lawan, yang mana Joao Felix, Raheem Sterling dan Mason Mount kesemuanya mempunyai peluang terbuka yang tidak disempurnakan.



Real Madrid pula sepatutnya memperoleh lebih banyak jaringan jika mereka lebih klinikal dan Lampard berkata kelab gergasi Sepanyol itu pasti menyesali kegagalan memanfaatkan peluang yang diperolehi.



"Terdapat beberapa perkara bagus tetapi keputusan adalah realiti. Tetapi saya cuma kata kepada pemain sesuatu yang istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge. Mereka (Real) pasukan yang bagus tetapi kami perlu yakin," ujar Lampard.



Beliau kembali mengurus kelab Chelsea selepas pengurus sebelum ini, Graham Potter, dipecat.



Chelsea kini gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan buat kali pertama sejak November/Disember 1993.



Sejak seri 2-2 di padang sendiri menentang Everton pada 18 Mac sebelum Graham Potter dipecat, Chelsea tewas 0-2 kepada Aston Villa, seri 0-0 dengan Liverpool dan tewas 0-1 kepada Wolves, sebelum kekalahan baru-baru ini di tangan Real Madrid.



Pasukan itu juga gagal menjaringkan gol dalam 17 perlawanan musim ini, paling banyak sejak 1994-95 (juga 17 perlawanan).



Lantaran itu, Lampard mempunyai tempoh satu minggu untuk memulihkan keyakinan di bahagian serangan.



"Ia tempoh sukar bagi pemain dan saya rasa mereka mungkin sedikit kurang kepercayaan kepada diri sendiri.



"Mereka perlu faham betapa bagusnya mereka dan apa yang boleh mereka lakukan dan kami mungkin kurang aspek tersebut waktu ini," tambah beliau.



Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti - yang menjuarai Liga Perdana dan Piala FA ketika mengendalikan Chelsea pada musim 2009-10 - bersetuju pasukannya perlu bekerja lebih keras dan banyak aspek perlu diperbaiki.



Beliau menjelaskan:



"Tidak senang untuk berada dalam perlawanan seperti ini tetapi apa pun saya tetap gembira.



"Kami perlu kekal tenang dan faham walaupun kami mempunyai kelebihan, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak dan kami perlu teruskan momentum."



Perlawanan peringkat kedua suku akhir Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Real Madrid di Stamford Bridge dijangka berlangsung Rabu depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >