Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea diselubungi awan hitam tapi Tuchel ikrar kekal bantu pasukan

'The Blues' ketepi segala masalah di luar padang untuk rebut tiga mata kemenangan ke atas Newcastle; Arsenal perkukuh kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan
Mar 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, berkata beliau dan pemainnya mempunyai tanggungjawab berjuang untuk semua orang di kelab itu selepas menegaskan beliau akan kekal di Chelsea sekurang-kurangnya "hingga akhir musim".



Dalam perlawanan pertama di padang sendiri sejak aset pemilik kelab, Roman Abramovich, dibeku dan hilang kelayakannya sebagai pengarah kelab, Chelsea merampas tiga mata dramatik di akhir pertarungan dalam kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United kelmarin.



Namun, penasihat teknikal Chelsea, Petr Cech, berkata kelab itu sedang mengambil langkah "sehari demi sehari" di tengah-tengah kontroversi yang menyelubungi The Blues.



Selepas gol kemenangan Kai Havertz pada minit ke-88 di Stamford Bridge, Tuchel meyakinkan peminat bahawa beliau tidak akan meninggalkan mereka dalam kesusahan.



Beliau berkata: "Tidak dinafikan saya akan kekal di sini hingga hujung musim. Kita hanya harus menunggu hari demi hari sebab semuanya boleh berubah.



"Keputusan ini memberi impak besar kepada kami. Ia sangat bermakna untuk dapat memberi kegembiraan ini kepada peminat kami. Ia mengubah segalanya.



"Kami sedar betapa beruntungnya kami. Ia adalah kelab besar, dan kami kini menjadi tumpuan, tapi kami sangat beruntung.



"Ratusan orang dalam kelab ini tidak begitu beruntung, mungkin berdepan pelbagai cabaran dan rasa lebih khuatir mengenai masa depan mereka berbanding kami.



"Ini memberi kami tanggungjawab untuk berjuang untuk mereka, memberi mereka motivasi dan tidak mudah menyerah kalah. Ini adalah apa yang boleh kami lakukan dan ini yang mereka inginkan daripada kami."



Bercakap sebelum perlawanan kelmarin, Cech, yang juga bekas penjaga gol Chelsea, turut menyuarakan kebimbangan mengenai kakitangan di kelab yang mana pendapatan mereka berisiko terjejas dek masa depan yang tidak menentu di kelab itu.



Beliau berkata: "Kami mempunyai banyak soalan tapi tidak banyak jawapan.



"Kami harap individu yang bekerja untuk kelab akan mendapat gaji mereka dan terus menjalani kehidupan mereka sebaik mungkin, tapi ia soalan sukar untuk saya menjawab sebab saya tidak tahu bagaimana masa depan (kelab).



"Itu sebabnya perbincangan sedang dijalankan. Kami ingin tahu bagaimana operasi (seterusnya) dan apa yang boleh dilakukan untuk pasukan melangkah ke depan. Tanpa jawapan ini, sukar untuk merancang. Kami mengambil setiap hari satu persatu dan kami perlu melakukannya dengan cara ini... di masa ini."



Sementara itu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya kelab itu "memenuhi permintaan" untuk bermain bola sepak Liga Juara-Juara musim depan selepas mereka kembali dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana dengan kemenangan 2-0 ke atas Leicester City kelmarin.



Gol jaringan Thomas Partey dan Alexandre Lacazette di Stadium Emirates menjamin kemenangan Arsenal, yang kini menunjukkan prestasi cemerlang bagi mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut mereka.



Ia membawa mereka semula ke tangga keempat liga - satu mata di depan Manchester United - yang menewaskan sebuah lagi pencabar kelompok empat pasukan teratas, Tottenham Hotspur, pada Sabtu lalu.



Arsenal layak di 19 kempen Liga Juara-Juara berturut-turut sejak musim 1998-99 dan Arteta percaya sebuah kelab yang setaraf mereka perlu berada dalam saingan kelab teratas Eropah.



Beliau berkata: "Kami harus dan patut berada di sana. Sejarah kami memenuhi permintaan untuk berada di sana tapi kami belum lagi mencapainya dan masih ada lagi banyak perlawanan untuk dimainkan.



"Kami mempunyai kumpulan orang yang dedikasi di kelab yang percaya dengan apa yang kami lakukan. Kemudian anda perlu memastikan prestasi (di padang) menghasilkan keputusan (yang diharapkan). Saya gembira pasukan tunjuk prestasi konsisten sejak kebelakangan ini."



Dalam perlawanan lain, Everton tewas 0-1 kepada Wolves; Leeds menang 2-1 ke atas Norwich City; Southampton ditewaskan Watford 1-2; manakala West Ham mengalahkan Aston Villa 2-1. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >