Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMINDAHAN PEMAIN

Chelsea gagal bidaan pertama jejak Lukaku

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



INTER Milan telah menolak tawaran Chelsea berjumlah £85 juta ($160 juta) bagi penyerangnya, Romelu Lukaku.



Lukaku, 28 tahun, menjadi buruan utama kelab London itu setelah Borussia Dortmund menegaskan kelab Jerman itu tidak berniat untuk menjual penyerang, Erling Braut Haaland, pada musim panas ini.



Sedang pemilik Inter sedang menghadapi masalah kewangan, kelab itu tetap bertekad untuk memastikan penyerang Belgium itu kekal di Milan.



Lukaku adalah bekas pemain Chelsea, dan telah memainkan peranan penting dalam membantu Inter memenangi kejuaraan Serie A pertamanya sejak 2010.



Difahamkan, Chelsea turut menawarkan pemain pertahanan Sepanyol, Marcos Alonso, dalam tawarannya itu.



Menurut sumber-sumber yang rapat dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich, kelab itu belum membuat keputusan sama ada akan kembali dengan tawaran lebih tinggi.



Namun, Inter dikatakan tidak akan berganjak dari kedudukan mereka dan Lukaku sendiri dikatakan mahu kekal bersama kelab Italy itu.



Lukaku menyarung jersi Chelsea sebanyak 15 kali dalam tiga musim di London antara 2011 dengan 2014.



Pemain itu kemudian menyertai Everton setelah menyerlah sebagai pemain pinjaman selama semusim.



Beliau hampir-hampir menyertai Chelsea semula pada 2017 namun memilih untuk menyertai Jose Mourinho di Manchester United dengan yuran pemindahan £75 juta.



Lukaku menjaringkan 42 gol dalam 96 perlawanan untuk United, namun meninggalkan kelab itu untuk menyertai Inter pada 2019 untuk bayaran rekod bagi Inter - sebanyak £74 juta. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >