Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea 'hilang' Lukaku, Werner akibat kecederaan

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Kededua penyerang Chelsea - Romelu Lukaku dan Timo Werner - dijangka akan terlepas beraksi dalam beberapa perlawanan selepas mengalami kecederaan dalam pertarungan Liga Juara-Juara Eropah dengan Malmo kelmarin, kata pengurus kelab itu Thomas Tuchel.



Chelsea, juara bertahan pertandingan tersebut, menang besar 4-0 untuk mengutip tiga mata penuh.



Lukaku, yang menyertai kelab itu dari Inter Milan pada musim panas lalu, mengalami kecederaan di buku lali kaki kirinya, sementara Werner mengalami kecederaan pada paha.



Kededua kecederaan itu dialami pada separuh masa pertama dan kededua pemain digantikan sebelum waktu rehat.



"Ia akan memakan masa untuk kededuanya pulih, dan mereka perlu menjalani lebih banyak pemeriksaan doktor untuk menentukan sejauh mana serius kecederaan yang dialami," kata Tuchel.



"Yang pasti, mereka tidak dapat beraksi bagi beberapa perlawanan akan datang."



Kehilangan kededua pemain itu bagaimanapun dijangka tidak akan terlalu menjejaskan The Blues, berdasarkan jadual permainan akan datang.



Ia akan bertemu dengan Norwich City - yang kini terperuk di kaki Liga Perdana England (EPL) - sebelum bertemu Southampton dalam Piala Liga.



Selepas itu, anak didik Tuchel akan turun padang menentang Newcastle dan Burnley dalam EPL sebelum bertemu Malmo sekali lagi.



Ketiadaan Lukaku, 28 tahun, mungkin lebih dirasai, meskipun penyerang asal Belgium itu gagal menjaringkan gol dalam tujuh perlawanan terakhir. Werner menjaringkan dua gol dalam 10 perlawanan musim ini.



Ini selepas beliau menyumbat empat gol dalam empat perlawanan pertama musim ini.



"Sekiranya saya tahu apa yang akan berlaku, saya tidak akan menurunkan mereka berdua. Tapi itu tidak logik, bukan?" kata Tuchel.



"Adalah penting bagi Romelu terus beraksi (untuk mengembalikan momentum)... beliau telah memulakan liga dengan baik dan saya juga telah berbual dengannya untuk lebih memahami beban dari segi mental yang dipikulnya.



"Pada masa yang sama, Romelu tetap penyerang utama kami bagi mendapatkan gol-gol pasukan," tambah pengurus asal Jerman itu.



Dalam perlawanan kelmarin, Andreas Christensen menjaringkan gol pertama untuk memberi kelebihan kepada Chelsea sebelum Jorginho menyumbangkan dua gol menerusi tendangan penalti. Gol terakhir dijaringkan oleh bintang muda Kai Harvetz. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >