Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Chelsea mara ke final

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Thomas Tuchel berkata Chelsea berjaya mara ke final Piala Liga meskipun "bermain dengan api" selepas tiga keputusan penolong pengadil maya (VAR) yang berpihak kepada pasukannya memastikan ia menang 1-0 di Tottenham Hotspurs semalam.



Keputusan itu bermakna Chelsea menang agregat 3-0 dan mara ke final Piala Carabao.



Gol tunggal Chelsea semalam dijaringkan oleh Antonio Rudiger pada separuh masa pertama dan mencukupi bagi Chelsea memenangi separuh akhir dua perlawanan itu.



Namun 'wira' Chelsea mungkin pengadil Mike Dean, yang sebagai VAR, menerbalikkan dua keputusan penalti yang diberikan kepada Spurs oleh Andre Marriner.



Dean juga membatalkan gol yang dijaringkan oleh kapten Spurs Harry Kane kerana menganggapnya berada dalam kedudukan ofsaid.



"Kami bermula dengan bagus. Kami memiliki peluang jaringan yang baik dan mengawal perlawanan, tapi saya rasa kami bermain dengan api," kata Tuchel.



"Kami membenarkan mereka mencipta peluang jaringan dengan kecuaian kami dan kami bertuah tidak dihukum. Kami hampir menghadiahkan mereka sepakan penalti tanpa sebarang sebab kerana kami rasa terlalu yakin.



"Kami bergantung pada tuah lagi untuk mengelak satu lagi sepakan penalti, dan selepas itu kepada VAR yang menentukan jaringan Kane adalah ofsaid."



Tuchel adalah pengurus pertama dalam sejarah Chelsea untuk membimbing kelab itu ke final Piala Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga - yang kini dinamakan Piala Carabao - dalam tempoh 350 hari selepas memimpin pasukan bagi perlawanan pertama pada Januari 2020.



Ia adalah penampilan pertama Chelsea dalam final Piala Carabao sejak 2019, dan Tuchel berkata pasukannya ingin memenangi piala yang kali terakhir dimenanginya pada 2015.



"Kami perlu bermain dengan lebih baik sekiranya kami benar-benar layak mendapat keputusan sebegini. Kami harus beraksi mengikut standard," kata Tuchel.



Bagi Spurs pula, yang belum memenangi sebarang trofi utama sejak menjulang Piala Liga pada 2008, kekalahan itu bermakna peluang mereka mengakhiri kemarau trofi pada musim ini semakin tipis.



Bercakap kepada media selepas perlawanan, pengurus Spurs, Antonio Conte berkata mengejar Chelsea adalah terlalu mencabar bagi pasukannya dan ia gagal menandingi Chelsea dalam separuh akhir dua perlawanan.



"Dalam babak kedua, kami mencipta banyak peluang untuk menyumbat gol dan kami layak meraih keputusan lebih baik... tapi jika anda menilai permainan kami sepanjang dua perlawanan ini, Chelsea layak menang."



Chelsea bakal bertemu Liverpool atau Arsenal dalam final di Wembley pada 27 Februari.



Liverpool menjadi tuan rumah bagi perlawanan pertama separuh akhir itu, yang telah ditunda kepada awal pagi tadi kerana koronavirus. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >