Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea pecah rekod EPL bayar £107j untuk Enzo Fernandez

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Apabila Benfica membeli Enzo Fernandez dengan harga £8.8 juta ($14.1 juta) pada Jun lalu, masih belum ada kepastian sama ada bekas pemain River Plate itu akan menyertai kelab di Portugal itu dengan serta-merta atau pada Januari 2023.



Rupa-rupanya, soalan lebih baik yang seharusnya diajukan ialah bila pemain itu akan meninggalkan Portugal.



Kini peminat bola sepak sedunia tahu pemain berusia 22 tahun yang kini bergelar pemenang Piala Dunia itu telah berpindah ke Chelsea selang tujuh bulan selepas menyertai Benfica dan pada harga 10 kali ganda lebih tinggi daripada harga yang dibayar Benfica kepada River Plate.



Harga £107 juta yang dipersetujui antara Chelsea dengan Benfica itu adalah satu rekod bagi EPL dan bagi seseorang pemain yang kurang enam bulan berkecimpung dalam liga Eropah.



BAGUSKAH ENZO FERNANDEZ?



Kisah Fernandez yang menarik Chelsea untuk membayar harga rekod untuk mendapatkan khidmatnya jarang berlaku, tetapi ia pernah berlaku - apabila seorang pemain muda menempa nama di Piala Dunia dan menarik perhatian kelab-kelab utama.



Yang menariknya, Fernandez melangkah ke Qatar selepas hanya sekali menyarung jersi Argentina dalam perlawanan antarabangsa - perlawanan persahabatan dengan Honduras pada September lalu.



Di Qatar, beliau tidak memulakan dua perlawanan pertama dan hanya diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan kumpulan terakhir.



Namun selepas perlawanan itu, beliau telah diturunkan bagi setiap perlawanan dalam laluan Argentina ke final Piala Dunia.



Di Qatar, beliau menempa nama sebagai Pemain Muda Terbaik di Piala Dunia, selepas sumbangan menarik perhatian kepada pasukan nasionalnya, yang berakhir dengan satu gol, satu peluang gol yang dirintis dan trofi Piala Dunia.



Namun, Fernandez bukan sekadar pemain muda yang hanya menyerlah di Piala Dunia. Potensi beliau telah memikat beberapa kelab di liga utama Eropah, termasuk Wolves di EPL.



Namun Fernandez akhirnya berpindah ke Benfica, dengan River mengekalkan hak ke atas 25 peratus harga penjualan seterusnya.



Semasa perjanjian antara Benfica dengan River itu diumumkan, Fernandez dijangka hanya akan menyertai Benfica selepas Copa Libertadores, iaitu Liga Juara-Juara Amerika Selatan.



Jika River berjaya mara sehingga ke final pertandingan itu - yang berakhir pada Oktober - Fernandez tidak akan berpindah ke Benfica sehingga Januari 2023.



Namun, Velez Sarsfield menewaskan River di pusingan kalah mati dan menyingkir River daripada pertandingan.



Beberapa minggu menyusuli itu, Fernandez menyarung jersi Benfica buat julung-julung kali dan menjaringkan gol dalam perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah semasa menentang Midtjylland.



Beliau sekali lagi menjaringkan gol dalam perlawanan kedua dan kerjayanya terus bersinar sejak saat itu.



STATISTIK BAIK



Selepas 29 perlawanan dalam bola sepak Eropah, Fernandez telah menjaringkan empat gol dan merintis tujuh peluang gol bagi pasukan.



Namun, sumbangannya kepada pasukan melebihi gol dan peluang gol.



Hanya empat pemain midfield bahagian tengah membuat lebih banyak terkaman dan rampasan bola di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara berbanding Fernandez yang berbuat demikian sebanyak 19 kali.



Dari segi hantaran yang berjaya menemui sasaran, Fernandes telah berjaya berbuat demikian 1,431 kali - lebih 286 kali - dalam liga Portugal.



Ini berbanding Nicolas Otamendi yang membuat 1,145 hantaran berjaya.



Beliau juga pemain terunggul dari segi pemain yang paling banyak memperoleh bola dan jarak bola itu diperolehinya.



Dalam kalangan pemain yang beraksi sekurang-kurangnya 1,000 minit dalam enam liga utama di Eropah (England, Sepanyol, Jerman, Italy, Perancis dan Portugal); hanya Ricardo Horta dari Braga dan Khvicha Kvaratskhelia dari Napoli telah melibatkan diri dalam lebih banyak gerakan pasukan yang berakhir dengan percubaan gol berbanding Fernandez.



Pemerhati bola sepak dari Portugis, Zach Lowy, yang juga seorang penerbit podcast berkata Fernandez adalah pemain 'lengkap' yang boleh melakukan segala-galanya.



"Beliau beraksi sebagai salah satu pasangan midfield tengah bersama Florentino Luis - yang lebih bersifat bertahan - dan beliau boleh bertindak sebagai playmaker dan cukup stamina untuk berlari ulang-alik antara dua petak penalti.



"Satu kelemahannya adalah kecuaiannya apabila membuat terkaman... yang boleh membuat beliau dilayang kad kuning di awal permainan."



Dalam 29 perlawanan dengan Benfica, Fernandez telah dilayangkan tujuh kad kuning dan digantung bagi perlawanan kumpulan terakhir dalam Liga Juara-Juara.



Wartawan bola sepak Perancis, Julien Laurens, berkata Fernandez boleh menjadi pemain yang mengubah nasib Chelsea dalam EPL.



Buat masa ini, Chelsea berada di tangga ke-10, terdesak untuk mendaki liga dan meraih sekurang-kurangnya tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.



"Beliau biasa bertindak dengan seorang pasangan dan jika Chelsea boleh menampilkan seorang pasangan yang sepadan, beliau boleh menjadi pemain yang begitu penting bagi Chelsea,'' kata beliau. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >