Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chelsea sarat pemain, Potter seperti kelemasan

Feb 27, 2023 | 5:30 AM
TIDAK SELANCAR YANG DIJANGKA: Di bawah Potter Chelsea menang sembilan kali daripada 25 perlawanan dan di tangga ke-10 EPL, 10 mata di belakang bagi tempat ke Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS
TIDAK SELANCAR YANG DIJANGKA: Di bawah Potter Chelsea menang sembilan kali daripada 25 perlawanan dan di tangga ke-10 EPL, 10 mata di belakang bagi tempat ke Liga Juara-Juara. - Foto REUTERS -

LONDON: Pengurus Chelsea, Graham Potter, berhadapan dengan "situasi yang tidak dapat diurus" disebabkan skuad dengan harga yang melambung, menurut bekas penjaga gawang pasukan itu, Rob Green.

Menurut BBC, pasukan yang dikenali sebagai 'The Blues' itu telah membelanjakan £583 juta ($943 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain baru dalam dua tempoh pemindahan lalu di bawah pemiliknya, Todd Boehly.

Tempoh pemindahan pada Januari saja sudah menyaksikan pasukan tersebut mendapatkan khidmat lapan pemain baru.

Chelsea telah memenangi hanya dua daripada 14 perlawanan terakhir mereka, tetapi Potter masih mendapat sokongan daripada Boehly dan lembaga pasukan tersebut.

Green berkata: "Dengan jumlah pemain yang ada, ia adalah situasi yang tidak dapat diurus."

Potter berpindah ke Chelsea dari Brighton pada September 2022 dengan kontrak lima tahun selepas Chelsea memecat pengurus sebelum ini, Thomas Tuchel.

Chelsesa telah memenangi sembilan daripada 25 perlawanan mereka di bawah Potter dan menduduki tangga ke-10 dalam Liga Perdana England, 10 mata di belakang tangga bagi Liga Juara-Juara.

Bercakap kepada BBC Radio 5, Green berkata: "Sebaik saja penyokong tawar hati, situasi akan mula bertukar menjadi lebih buruk dan pemain terjejas akan mengasingkan diri.

"Anda sudah boleh melihatnya daripada pemain, dari sudut serangan dan kemudian ia menjadi lebih sukar."

Chelsea belum menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan sejak awal November dan di sebalik pemain-pemain baru yang tiba pada tempoh pemindahan Januari, ia tidak dapat menandatangani penyerang prolifik.

Bekas penyerang The Blues, Chris Sutton, menjelaskan bahawa Potter "mempunyai banyak perkara yang perlu ditangani".

"Dengan begitu ramai pemain yang baru dibeli, (Potter) tidak pasti akan kesebelasan utamanya jadi dia telah memotong dan menukar (barisan pemain) dan anda tidak akan mendapat kesinambungan apabila anda berbuat demikian.

"Proses menjaringkan gol menjadi satu masalah bagi Chelsea. Tetapi saya suka bahawa Todd Boehly, di sebalik apa yang berlaku, menyokongnya (Potter) untuk jangka masa panjang," ujar Sutton.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg