Chelsea sesiakan peluang menang selesa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chelsea sesiakan peluang menang selesa

Seri 1-1 di Madrid, pertembungan kedua di London jadi penentuan
Apr 29, 2021 | 5:30 AM

Chelsea sesiakan peluang menang selesa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
GEMBIRA HANYA SEMENTARA: Pemain Chelsea Christian Pulisic (kanan) meraikan jaringan golnya dengan pengurus Tomas Tuchel. Bagaimanapun Real Madrd menyamakan kedudukan 1-1 di Stadium Alfredo Di Stefano di Madrid, Sepanyol semalam. Foto EPA-EFE
GEMBIRA HANYA SEMENTARA: Pemain Chelsea Christian Pulisic (kanan) meraikan jaringan golnya dengan pengurus Tomas Tuchel. Bagaimanapun Real Madrd menyamakan kedudukan 1-1 di Stadium Alfredo Di Stefano di Madrid, Sepanyol semalam. Foto EPA-EFE -

MADRID: Pengurus Chelsea Thomas Tuchel berkata pasukannya perlu berjuang untuk meraih setiap kelebihan yang diperlukan apabila ia menerima kunjungan Real Madrid dalam perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah minggu depan.

Pasukannya menjaringkan gol penting di tempat lawan semalam, untuk mengikat Madrid 1-1 dalam perlawanan pertama.

Namun Chelsea, yang belum mara ke sebarang final pertandingan sejak 2012, mempunyai banyak peluang untuk memenangi perlawanan itu tetapi mensesia beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Tuchel, bercakap kepada media selepas perlawanan itu bahawa separuh akhir masih berada di separuh jalan dan pasukannya perlu berusaha gigih untuk mara ke final.

"Jika kami menang di sini (Madrid) pun, kami masih perlu berjuang kerana apa-apa boleh berlaku dalam bola sepak," kata beliau.

"Buat masa ini, kami sedang berada dalam masa rehat dan minggu depan, kami perlu berjuang bermati-matian dan merebut sebarang kelebihan yang ada untuk memastikan kami berjaya meraih apa yang kami mahukan."

Dalam perlawanan yang bermula rancak, Christian Pulisic menjaringkan gol pembukaan, sebelum Karim Benzema menjaringkan gol penyamaan, dengan kededua gol dijaringkan dalam 45 minit pertama.

Namun, kededua pasukan gagal menyengat pada separuh masa kedua dan Tuchel berkata beliau sedikit hampa kerana pasukannya tidak berjaya menjaringkan lebih banyak gol pada babak pertama selepas menguasai sebahagian besar permainan.

"Bagi saya, seharusnya kami memenangi separuh masa pertama dan kami layak berbuat demikian," kata Tuchel.

"Siapa tahu, jika kami menyempurnakan semua peluang yang dicipta pada babak pertama, kami boleh pulang ke London dengan kemenangan."

Antara pemain yang mensesiakan peluang gol ialah Timo Werner, yang gagal menyempurnakan peluang keemasan apabila jaringan masig terikat 0-0.

Werner, yang telah menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan musim ini telah menjaringkan gol kemenangan semasa Chelsea menundukkan West Ham dalam Liga Perdana England pada hujung minggu lalu.

Namun, beliau turut mensesiakan peluang keemasan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Tuchel berkata:

"Beliau terlepas menjaringkan gol di West Ham... kini beliau terlepas menjaringkan gol lagi di sini. Namun ia bukan suatu yang harus disesali.

"Inilah perkara yang terbaik tentang sukan.. tiada sesiapa yang peduli tentang suatu kegagalan pada hari selanjutnya. Tapi mungkin beliau marah terhadap diri sendiri."

Real Madrid telah 13 kali memenangi Liga Juara-Juara tetapi pengurusnya Zinedine Zidane berkata pasukannya perlu bekerja keras untuk memelihara harapan memenangi kejuaraan ke-14.

Madrid akan bertandang ke Stamfrod Bridge bagi separuh akhir kedua pada 5 Mei ini.

"Kami masih bernyawa dalam pertandingan ini dan kami ke sana dengan matlamat memenangi perlawanan itu," kata Zidane, walau beliau akur Chelsea adalah pasukan yang handal.

"Secara umumnya, kami puas hati," kata beliau lagi. - Agensi berita.

CHELSEA MASIH PERLU BERJUANG

"Buat masa ini, kami sedang berada dalam masa rehat dan minggu depan, kami perlu berjuang bermati-matian dan merebut sebarang kelebihan yang ada untuk memastikan kami berjaya meraih apa yang kami mahukan.'' - Pengurus Chelsea Thomas Tuchel

REAL MADRID MASIH ADA HARAPAN

"Kami masih bernyawa dalam pertandingan ini dan kami ke sana (London) dengan matlamat memenangi perlawanan itu. Secara umumnya, kami puas hati." - Pengurus Real Madrid Zinedine Zidane

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg