Topic followed successfully
Go to BHkuChelsea terdesak catat kemenangan
Premium
Chelsea terdesak catat kemenangan
Keputusan baik ke atas Maccabi penting bagi semarak cabaran juara England
Sep 16, 2015 | 5:30 AM
Chelsea terdesak catat kemenangan

AKSI MACAM DALAM FINAL: Pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic (kiri), yang kelihatan bersama kapten pasukan, John Terry, menggesa rakannya beraksi seperti dalam final, dalam usaha kelab itu mengatasi permulaan lembap sejauh ini. - Foto REUTERS -
LONDON: Tunggak pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic, memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya bangkit daripada permulaan lembap awal musim, apabila juara England itu membuka kempen Liga Juara-Juara Eropah menentang Maccabi Tel-Aviv hari ini (dinihari esok, waktu Singapura).
Pasukan pimpinan Jose Mourinho terdesak memulakan cabaran Kumpulan G ini dengan kemenangan penyuntik semangat selepas memulakan Liga Perdana dengan hambar - hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan yang meletakkan kelab Stamford Bridge itu di tangga ke-17 liga.
