Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PIALA FA

Chelsea tidak mampu kecundang lagi dengan Newcastle

Jan 28, 2018 | 05:30 AM



LONDON: Disingkir dari Piala Liga oleh jiran sekota Arsenal minggu lalu, Chelsea dan Antonio Conte tidak mampu kecundang lagi dalam pertemuan Piala FA dengan Newcastle malam ini - peluang realistik terakhir baginya memenangi piala musim ini.



Malah, pemilik kelab London itu difahamkan kian hilang sabar dengan Conte, selepas pengurus dari Italy itu menyuarakan keprihatinan kerana kelab itu sehingga masa ini, masih gagal mendapat penyerang baru dalam tempoh perpindahan pemain untuk memperkukuh pasukannya.



Conte berkata: "Tugas pertama saya adalah untuk melakukan kerja saya sebagai jurulatih. Saya tidak berpengaruh besar dalam pasaran pemindahan pemain."



Menurut laporan akhbar The Telegraph, kelab itu telah memberi amaran kepada Conte supaya tidak bercakap tentang pemindahan pemain menjelang pertemuan dengan Newcastle ini.



Difahamkan, Conte kecewa dengan Chelsea kerana beliau mengganggap kelab itu tidak memberi sokongan yang diperlukan untuk membeli dua pemain AS Roma - penyerang Edin Dzeko dan bek kiri Emerson Palmieri.



Sehingga ini, pemindahan itu tertunggak kerana pertikaian tentang tempoh kontrak dan yuran pemindahan mereka.



Justeru, Conte kelihatan bak patah hati selepas kekalahan dengan Arsenal. Tanpa mengambil kira kemenangan 4-0 ke atas Brighton and Hove Albion Sabtu lalu, Chelsea hanya menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan terakhir, termasuk dua perlawanan menentang Norwich City yang beraksi dalam divisyen lebih rendah.



Selepas penyerang utama Alvaro Morata kehilangan form, Conte kurang pilihan di bahagian penyerang.



Dalam perlawanan dengan Arsenal, Conte memainkan Ross Barkley, pemain midfield, sebagai penyerang. Tunggak kreatif Eden Hazard juga dikerahkan ke barisan depan, dalam percubaan terdesak memperkukuh serangannya.



Conte mempunyai seorang lagi penyerang, Michy Batshuayi, tetapi ia kurang digemari Conte dan setakat ini dibiarkan sahaja di bangku pemain simpanan.



Namun, selain isu pemain baru dan kekalahan 1-2 kepada Arsenal dalam Piala Liga, Chelsea sebenarnya berada dalam kedudukan yang baik dalam tiga pertandingan yang masih disainginya.



Ia menduduki tangga ketiga dalam Liga Perdana England (EPL), dengan peluang realistik melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, dan masih bersaing dalam Liga Juara-Juara musim ini dan juga dalam Piala FA.



Lantaran itu, pemain bek Cesar Azpilicueta berkata perlawanan dengan Newcastle penting kerana ia boleh mengembalikan keyakinan diri Chelsea jika ia menang nanti.



Menurut Azpilicueta, keputusan positif di Stamford Bridge malam ini boleh memberikan nafas baru kepada pemain Chelsea.



"Kami kecewa dan kekalahan (kepada Arsenal) amat melukakan hati kerana kami terlepas peluang memenangi piala.



"Namun, kini masa untuk bersedih telah berlalu dan kami perlu bangkit dan terus memperbaiki pasukan dan permainan kami," ujar Azpilicueta. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >