Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ciri bangunkan pemain, strategi capai jaya dipertimbang FAS untuk lantik Ogura

Mar 07, 2024 | 03:23 PM



Ketua jurulatih pasukan nasional bola sepak Singapura mesti menunjukkan rekod prestasi membangunkan pemain dan strategi kukuh untuk mempersiapkan dan membariskan pasukan yang dapat mencapai keputusan baik.

Demikian dinyatakan Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua. 

Berkongsi ciri utama yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) ketika proses pemilihan ketua jurulatih pasukan nasionalnya, Encik Chua menambah calon itu juga harus berupaya mengawasi pasukan Bawah 22 Tahun (U-22) bersama ketua jurulatihnya.

Beliau juga dijangka meningkatkan ekosistem bola sepak negara, berkongsi pengetahuan dan menaikkan profil sukan itu.

Pada Februari, Tsutomu Ogura, 57 tahun, telah diumumkan oleh FAS sebagai pengarah baru untuk pasukan senior dan U-22 Singapura, menggantikan Takayuki Nishigaya, yang dipecat pada 29 Januari.

Ogura, bekas penolong jurulatih pasukan nasional Jepun, adalah warga Jepun ketiga berturut-turut mengisi “kerusi panas” bola sepak negara.

“FAS telah menjalankan proses yang ketat untuk mencari jurulatih baru. Mari berikan jurulatih kebangsaan kita sedikit masa untuk meraih kejayaan dengan pasukan nasional kita,” kata Encik Chua ketika berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) di Parlimen pada 7 Mac.

Bola sepak Singapura berada di tahap terendahnya, termasuk disingkirkan daripada Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) pada Januari 2023 setelah dibelasah musuh tradisi Malaysia 1-4.

Pasukan U-22 negara turut memaparkan prestasi hambar di Sukan SEA Kemboja pada Mei 2023 apabila gagal memenangi sebarang perlawanan.

Encik Chua turut memberi maklumat terkini mengenai projek bola sepak nasional, Unleash the Roar! (UTR).

Sejak dilancarkan pada 2021, UTR telah menubuhkan 14 Akademi Bola Sepak Sekolah (SFA).

Empat daripadanya mempunyai program khusus untuk pemain perempuan.

Bilangan pemain belia dalam 10 SFA yang dirintiskan juga telah berganda – naik daripada 300 belia pada 2022 ke lebih 750 pemain lelaki dan perempuan pada 2023.

Pusat Pembangunan Nasional (NDC) turut ditubuhkan, dengan pasukannya dan skuad gabungan SFA telah dihantar ke luar negara untuk tujuan pendedahan menerusi kem latihan dan pertandingan.

Pada Februari, pertandingan bola sepak belia elit pertama di seluruh pulau, Liga Belia Singapura, telah dilancarkan bagi menyediakan platform bermain dan membangunkan kemahiran mereka.

Biasiswa UTR juga telah dianugerahkan pada 2023.

Kumpulan pertamanya seramai lapan pemain belia kini sedang belajar dan berlatih di akademi terkenal dunia, Akademi IMG di Florida, Amerika Syarikat, dan ESC LaLiga di Madrid, Sepanyol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >